Konsep kepimpinan Melayu Islam di Nusantara menurut teks Bustan al-Salatin / Shah Rul Anuar Nordin

Nordin, Shah Rul Anuar (2017) Konsep kepimpinan Melayu Islam di Nusantara menurut teks Bustan al-Salatin / Shah Rul Anuar Nordin. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

Abstract

Pemimpin dan kepimpinan bermula sejak Nabi Adam a.s sehinggalah sekarang. Para sarjana telah mengkaji perkara ini daripada pelbagai sudut pandangan dan menerbitkan sejumlah hasil kajian dalam jurnal dan buku mereka. Di Alam Melayu, antara karya terbesar yang membicarakan tentang kualiti diri sebagai pemimpin menurut perspektif Islam ialah Bustan al-Salatin (1641M). Justeru, kajian ini cuba untuk mengenalpasti idea pengarang kitab tersebut dalam erti kata pemimpin dalam Islam bagi konteks dunia Melayu-Nusantara. Metod analisis isi kandungan dokumen akan digunakan untuk meneliti Bustan al-Salatin. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pemimpin dan kepimpinan adalah mandat daripada Allah s.w.t.. Pemimpin mestilah seorang yang berkualiti serta mempunyai ilmu dan akhlak yang lebih tinggi daripada rakyat biasa. Pemimpin yang baik perlu menunjukkan teladan yang unggul kepada para pegawai dan rakyatnya. Kitab Bustan al-Salatin mengemukakan gagasan supaya pemimpin mengamalkan Tasawuf seperti sentiasa ingatkan mati, menolak hawa nafsu dan mengutamakan zikir kepada Allah. Melalui kitabnya ini, Nuruddin al-Raniri mengemukakan visi, idealisme dan idea “pemimpin adalah insan kamil” yang bertunjangkan konsep tauhid dan menjunjung tinggi budi pekerti yang mulia untuk manusia sejagat. Pemimpin negara perlu sentiasa berdiri di atas landasan nilai-nilai akhlak dan rakyat dipimpin ke arah mewujudkan sebuah negara yang aman, makmur dan bahagia.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nordin, Shah Rul Anuar
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 188-198
Keywords: Konsep kepimpinan; Melayu Islam ; Nusantara; Bustan al-Salatin
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20008
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_SHAH RUL ANUAR NORDIN M 17.pdf] Text
PRO_SHAH RUL ANUAR NORDIN M 17.pdf

Download (953kB)

ID Number

20008

Indexing

Statistic

Statistic details