Aturan pertiga (rule of thirds) sebagai elemen baru dalam pembelajaran komposisi bagi menghasilkan karya seni catan / Shahariah Mohamed Roshdi...[et.al]

Mohamed Roshdi, Shahariah and Ahmad, Hisammudin and Mohd Khalid, Mohd Haniff and Ismail, Abd. Rasid and Mohd Radzi, Fazlina and Abdulah, Nur Hasliza and Ab. Aziz, Nurul Izza (2016) Aturan pertiga (rule of thirds) sebagai elemen baru dalam pembelajaran komposisi bagi menghasilkan karya seni catan / Shahariah Mohamed Roshdi...[et.al]. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img]
Preview
Text
PRO_SHAHARIAH MOHAMED ROSHDI M 16.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Di dalam konteks seni rupa pelbagai teknik komposisi diterapkan melalui pemahaman berkarya yang idealistik. Aturan pertiga atau pun lebih dikenali sebagai rule of thirds bukanlah suatu peraturan mutlak bagi seniman untuk menyusun elemen komposisi. Manakala aturan komposisi yang sejajar sering dipraktis di dalam bidang fotografi. Di UiTM Melaka pengajaran dan pembelajaran bagi kelas – kelas fotografi telah didedahkan dengan amalan menggunakan teknik komposisi iaitu aturan pertiga. Pengetahuan menyusun komposisi dengan baik memerlukan asas teknik komposisi yang mudah untuk difahami dan menjadi kebiasaan dalam berkarya. Bagi pelajar – pelajar di dalam Program Seni Halus, seharusnya mendapat slot khas dengan memperkenalkan dan mendalami teknik aturan pertiga. Oleh itu untuk mengetahui pendekatan komposisi ini bersesuaian atau tidak, suatu kajian telah diaplikasi terhadap pelajar. Hasil karya pelajar dijadikan sampel kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik dan diaplikasikan teknik aturan pertiga sebagaimana kajian-kajian yang sama digunakan terhadap karya – karya seni agung. Pendekatan ini diuji dan dilaksana dengan menggunakan data sebenar melalui persempelan karya pelajar di UiTM Melaka. Implikasi kajian ini menunjukkan teknik aturan pertiga boleh digunakan bagi membantu para pelajar mencipta ruang komposisi yang baik, mudah dan kreatif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Mohamed Roshdi, ShahariahUNSPECIFIED
Ahmad, HisammudinUNSPECIFIED
Mohd Khalid, Mohd HaniffUNSPECIFIED
Ismail, Abd. RasidUNSPECIFIED
Mohd Radzi, FazlinaUNSPECIFIED
Abdulah, Nur HaslizaUNSPECIFIED
Ab. Aziz, Nurul IzzaUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc.
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Study and teaching > Theory of design
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 449-460
Item ID: 20006
Uncontrolled Keywords: Rule of thirds; Aturan pertiga; Komposisi; Pengajaran dan pembelajaran; Karya seni catan
Last Modified: 21 Sep 2018 12:33
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20006

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year