Pendekatan terhadap Islam: Satu sorotan awal / Mohd Farhan Abd Rahman and Muhamad Azrul Azwan Azman

Abd Rahman, Mohd Farhan and Azwan Azman, Muhamad Azrul (2017) Pendekatan terhadap Islam: Satu sorotan awal / Mohd Farhan Abd Rahman and Muhamad Azrul Azwan Azman. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

[img] Text
PRO_MOHD FARHAN ABD RAHMAN M 17.pdf

Download (960kB)

Abstract

Majoriti golongan orientalis berpegang dengan falsafah positifisme empirik logik iaitu fahaman yang mementingkan penggunaan akal sepenuhnya sebagai pendekatan utama bagi mendapatkan sesuatu fakta keilmuan dengan tepat berdasarkan kaedah penelitian yang sistematik dan teliti. Falsafah ini menolak pembuktian sesuatu fakta menggunakan sumber wahyu kerana dianggap tidak releven dalam pembuktian sejarah dan telah mewujudkan pandangan yang berat sebelah dan meragukan terhadap masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Artikel ini menumpukan kepada analisa terhadap pendekatan orientalis dalam menilai Islam dan masyarakat Melayu dan sejauhmana pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Penulis menggunakan kaedah grafisejarah dan perbandingan bagi menganalisis pandangan orientalis tersebut. Penulis juga menggunakan prinsip pertengahan bagi menghasilkan sesuatu kajian bersifat adil. Hasil kajian mendapati pendekatan pemikiran orientalis dalam menilai Islam dan penganutnya terutama masyarakat Melayu memperlihatkan sudut pandangan yang meragukan hingga setiap penulisan dari golongan tersebut berdasarkan sudut pertimbangan yang berat sebelah serta menyimpang dari sejarah perkembangan tamadun Islam yang agung. Hal ini berpunca dari kelemahan golongan orientalis dalam memahami penganut Islam khususnya masyarakat Melayu disebabkan latarbelakang pemikiran yang berpusatkan Eropah iaitu Euro-centrism. Pemikiran ini mengangkat bangsa Eropah sebagai bangsa yang hebat dan bertamadun berbanding bangsa lain hingga digelar “ambassador of civilization‖” iaitu penyelamat kepada bangsa yang perlu ditamadunkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Abd Rahman, Mohd FarhanUNSPECIFIED
Azwan Azman, Muhamad AzrulUNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 125-136
Item ID: 19972
Uncontrolled Keywords: Islam; kajian orientalis
Last Modified: 18 Apr 2019 02:01
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19972

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year