Illustrasi poster kempen alam sekitar dalam simbol kebudayaan / Muliyati Mat Alim...[et.al]

Mat Alim, Muliyati (2016) Illustrasi poster kempen alam sekitar dalam simbol kebudayaan / Muliyati Mat Alim...[et.al]. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img] Text
PRO_MULIYATI MAT ALIM M 16.pdf

Download (0B)

Abstract

Illustrasi poster merupakan salah satu medium dalam penyampaian mesej kepada masyarakat. Keberkesanan sebuah illustrasi dalam menyampaikan suatu mesej terhadap pembaca, haruslah memenuhi beberapa kriteria seperti mempunyai daya tarikan, jelas, sederhana, mudah difahami dan representatif. Kempen persekitaran pula adalah di antara langkah dalam mengajak dan mendedahkan masyarakat pentingnya menjaga alam sekitar. Illustrasi poster merupakan kepingan kertas yang ditujukan kepada masyarakat di mana ia mengandungi teks dan juga imej grafik (simbol dan gambar). Illustrasi poster haruslah bertujuan untuk menyampaikan mesej secara cepat dan tepat. Mesej yang divisualisasikan dalam poster mengumpul beberapa idea yang dihadkan oleh pakar komunikasi. Dalam komunikasi pengiklanan atau kempen, ia tidak hanya menggunakan bahasa penulisan sebagai alat komunikasi tetapi ia juga gambar, warna dan bunyi. Pendekatan kualitatif iaitu analisis pengkaryaan digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan dalam artikel ini. Illustrasi poster dipilih berdasarkan jenis-jenis kempen yang dijalankan. Kesemua poster tersebut diperolehi daripada Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) iaitu World Wide Fund for Nature Malaysia (WWFM). Analisa merangkumi aspek simbol, ikon dan tanda yang menganalisis kaitan serta makna simbol dan teks antara pembaca, penulis dan teks. Ia menekankan pada fungsi tanda-tanda atau simbol di dalam teks berinteraksi dengan pengalaman peribadi pembaca dan budaya pengguna. Hasil daripada kajian ini dapat difahami mesej yang terkandung di dalam poster kempen ini mempunyai maksud tertentu dan melambangkan perkara yang ingin disampaikan. Walau bagaimana pun terdapat juga kekurangan berupa infomasi bertulis yang sepatutnya menjadi maklumat penting dalam posterposter tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Mat Alim, MuliyatiUNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators > Malaysia
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Posters
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 106-117
Item ID: 19916
Uncontrolled Keywords: Illustrasi poster; Kempen alam sekitar; Simbol; Ikon; Tanda
Last Modified: 05 Apr 2018 08:51
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19916

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year