Abstract
cIzz al-Din Abu al-Hasan cAli Ibn Muhammad al-Jazari atau dikenali sebagai Ibn al-Athir al-Jazari merupakan sejarawan Islam berbangsa Arab keturunan Bani Shayban (Tulaymat 1969: 13) yang berasal dari Jazirah Ibn cUmar. Gelaran al-Athir diberikan kerana kelebihan yang dimilikinya iaitu berkebolehan dalam bidang sejarah dan pada masa sama dikenali kerana menghasilkan karya al-Kamil fi al-tarikh (Mahayudin 1986: 460). Keistimewaan tersebut dibuktikan dengan terhasilnya beberapa karya sejarah seperti Usd al-ghabah fi macrifat al-sahabah, al-Lubab fi tadhzib al-ansab dan al-Tarikh al-bahir fi al-dawlah al-atabikiyyah. Namun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana tentang genre karya beliau. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai genre historiografi Ibn al-Athir. Kajian ini keseluruhannya, mengaplikasi analisis dokumen dan teks dengan merujuk kata pengantar karya-karya Ibn al-Athir iaitu al-Kamil, Usd al-ghabah, al-Lubab dan al-Tarikh al-bahir. Perbincangan mendapati Ibn al-Athir memulakan fokus penulisan kepada genre sirah sahabat dahulu dan diikuti bidang genealogi, kemudian sejarah universal dan kontemporari.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jamaludin, Norsaeidah UNSPECIFIED Abdul Razak, Abdul Qayuum UNSPECIFIED Abd Kadir, Nor Adina UNSPECIFIED Md Nasir, Mariam Farhana UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Biography |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 3-11 |
Keywords: | Genre historiografi; Ibn al-Athir |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19878 |