Keindahan tengkolok getam pekasam warisan kesultanan Perak Darul Ridzuan / Liza Marziana Mohamad Noh...[et.al]

Mohamad Noh, Liza Marziana and Abdul Manan, Salina and Hamzah, Azni Hanim and Ismail, Noor Hafiza and Sabran, Mohd Hafiz (2016) Keindahan tengkolok getam pekasam warisan kesultanan Perak Darul Ridzuan / Liza Marziana Mohamad Noh...[et.al]. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

Abstract

Tengkolok merupakan salah satu hiasan kepala lelaki Melayu yang amat terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Setiap negeri memiliki reka bentuk tengkolok yang berbeza walaupun mempunyai nama yang sama. Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebahagian daripada negeri di tanah Melayu yang memiliki reka bentuk tengkolok yang tersendiri. Persoalannya adakah reka bentuk tengkolok di negeri Perak itu indah? Bagi menjelaskan perkara ini penulis menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan kebudayaan iaitu dengan mengumpul data-data bertulis ataupun visual. Kaedah wawancara dan observasi digunakan dalam mengumpul data mengenai tengkolok di negeri Perak. Hasil penelitian di dapati terdapat beberapa aspek keindahan dalam menghasilkan tengkolok di negeri Perak iaitu teknik lipatan dan makna di sebalik reka bentuknya. Oleh itu, tengkolok Getam Pekasam yang merupakan salah satu reka bentuk tengkolok yang masih diguna pakai di Kesultanan Perak Darul Ridzuan akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini. Selain itu, penulisan mengenai keindahan tengkolok Getam Pekasam ini dapat memberi peluang kepada generasi muda dalam mengenali warisan seni budaya Melayu. Justeru itu, keindahan tengkolok ini dapat memelihara budaya Melayu daripada terus pupus ditelan zaman.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Noh, Liza Marziana
UNSPECIFIED
Abdul Manan, Salina
UNSPECIFIED
Hamzah, Azni Hanim
UNSPECIFIED
Ismail, Noor Hafiza
UNSPECIFIED
Sabran, Mohd Hafiz
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion > Materials and articles of clothing. Details and accessories
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion > Materials and articles of clothing. Details and accessories > Headgear. Including hats, hoods, etc.
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 326-332
Keywords: Keindahan; Reka bentuk; Tengkolok; Getam pekasam; Warisan Perak
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19875
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_LIZA MARZIANA MOHAMAD NOH M 16.pdf]
Preview
Text
PRO_LIZA MARZIANA MOHAMAD NOH M 16.pdf

Download (2MB) | Preview

ID Number

19875

Indexing

Statistic

Statistic details