Al-darurah al-syarciyyah dan aplikasinya dalam penggunaan muharramat masa kini / Mohd. Hapiz Mahaiyadin

Mahaiyadin, Mohd. Hapiz (2017) Al-darurah al-syarciyyah dan aplikasinya dalam penggunaan muharramat masa kini / Mohd. Hapiz Mahaiyadin. In: The Doctoral Research Abstracts. IGS Biannual Publication, 11 (11). Institute of Graduate Studies, UiTM, Shah Alam.

[img]
Preview
Text
ABS_MOHD. HAPIZ MAHAIYADIN TDRA VOL 11 IGS 17.pdf

Download (801kB) | Preview

Abstract

Pelbagai produk gunaan hari ini tidak bebas sepenuhnya daripada unsur haram (muharramat) dalam bentuk asal ataupun derivatifnya, secara langsung atau tidak langsung. Terdapat empat sumber sebagai fokus muharramat dalam kajian ini iaitu gelatin, plasma darah, alkohol dan gliserin, sering digunakan dalam keperluan industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik. Sebagai pengguna paling ramai di Malaysia, umat Islam terpaksa menghadapi fenomena tersebut dengan berhati-hati atau menggunakan beberapa produk tersebut atas sebab darurah. Prinsip darurah merupakan suatu rukhsah syarak bagi menyelamatkan nyawa dan pelbagai daruriyyat al-khams pengguna disebabkan ketiadaan alternatif halal, penyakit, kebuluran, paksaan, pertahanan diri dan kesulitan umum yang sukar dielak (cumum balwa). Kajian ini ingin menganalisis konsep al-darurah al-syarciyyah secara terperinci di samping menditilkan jenis-jenis muharramat dan perbezaan kedudukan hukum serta kesannya terhadap penggunaan ketika darurah. Pada dasarnya, penggunaan muharramat memerlukan suatu panduan sistematik disebabkan kepelbagaian jenis haram dalam ketiga aspek penggunaan di atas menampilkan bentuk aplikasi darurah yang berbeza. Sesuai dengan sifat sebuah kajian kualitatif, landasan teori darurah dan muharramat dibina berdasarkan telaah kritis terhadap kitab-kitab fekah, usul fekah dan kaedah fekah berautoriti daripada empat mazhab muktabar termasuk Zahiriyyah…

Item Type: Book Section
Creators:
CreatorsEmail
Mahaiyadin, Mohd. HapizUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Dissertations, Academic. Preparation of theses > Malaysia
Divisions: Institut Pengajian Siswazah (IPSis) : Institute of Graduate Studies (IGS)
Series Name: IGS Biannual Publication
Volume: 11
Number: 11
Item ID: 19776
Uncontrolled Keywords: Abstract; Abstract of thesis; Newsletter; Research information; Doctoral graduates; IPSis; IGS; UiTM;
Last Modified: 07 Jun 2018 07:43
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19776

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year