Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh

Wan Teh, Wan Hasmah (2015) Proses adaptasi: kajian lapan karya terpilih dari Malaysia dan Indonesia / Wan Hasmah Wan Teh. In: The Doctoral Research Abstracts. IGS Biannual Publication, 7 (7). Institute of Graduate Studies, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Kajian ini membicarakan lapan buah filem adaptasi dari Malaysia dan Indonesia dengan memberi tumpuan khusus kepada proses adaptasi yang berlaku ketika pengarah memindahkan novel ke filem. Filem adaptasi sering kali dikaitkan dengan persoalan “setia” iaitu melihat sejauh mana filem patuh kepada novel yang dijadikan sumber atau sebaliknya. Kajian ini memperincikan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua medium iaitu novel dan filem bagi membuktikan percantuman antara keduanya pasti menghasilkan karya yang turut berbeza. Terdapat beberapa kaedah adaptasi yang telah dianjurkan oleh sarjana Barat seperti Morris Beja, Geoffrey Wagner, Michael Klein dan Gillian Parker, Dudley Andrew, dan McFarlane. Kebanyakannya mencadangkan agar karya asal dijadikan sumber untuk menghasilkan karya baru atau mengekalkan struktur teks dengan menambah tafsiran yang sesuai atau dalam keadaan tertentu meleraikan sumber teks tersebut. Bagi melihat proses adaptasi yang telah dilakukan oleh pengarah filem, kajian ini mengambil empat buah filem adaptasi dari Malaysia dan empat buah filem adaptasi dari Indonesia. Empat buah filem dari Malaysia adalah “Langit Petang” (1982), “Ranjau Sepanjang Jalan” (1983), “Mira Edora” (1990), dan “Jogho” (1997). Manakala empat buah filem dari Indonesia pula adalah “Salah Asuhan” (1972), “Badai Pasti Berlalu” (1977), “Ayat-Ayat Cinta” (2008), dan “Laskar Pelangi” (2008)…

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Teh, Wan Hasmah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Dissertations, Academic. Preparation of theses > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pengajian Siswazah (IPSis) : Institute of Graduate Studies (IGS)
Series Name: IGS Biannual Publication
Volume: 7
Number: 7
Keywords: Abstract; Abstract of thesis; Newsletter; Research information; Doctoral graduates; IPSis; IGS; UiTM
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19394
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of ABS_WAN HASMAH WAN TEH TDRA VOL 7 IGS 15.pdf]
Preview
Text
ABS_WAN HASMAH WAN TEH TDRA VOL 7 IGS 15.pdf

Download (1MB) | Preview

ID Number

19394

Indexing

Statistic

Statistic details