Adaptasi novel ke filem: kajian ke atas kekurangannya di Malaysia / Norhidayu Kasim

Kasim, Norhidayu (2006) Adaptasi novel ke filem: kajian ke atas kekurangannya di Malaysia / Norhidayu Kasim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji masalah kekurangan filem adaptasi di Malaysia. Disebabkan itu, mungkin terdapat faktor ataupun masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai sumber teks seperti novel, dan cerpen tetapi tidak dapat dikembangkan dan digunakan untuk tujuan adaptasi. Seperti yang kita ketahui, filem adaptasi di Malaysia pada masa kini jarang sekali diterbitkan menjadi sebuah filem. Sekiranya ada jumlahnya adalah sedikit. Berbanding dengan negara luar, mereka dapat menghasilkan cerita yang diadaptasi dari sebuah novel menjadi sebuah filem yang baik dan dapat diterima oleh masyarakat. Perlu dijelaskan di sini bahawa, kajian ini pada keseluruhannya berdasarkan kepada Adaptasi Novel ke Filem: Kajian Ke Atas Kekurangannya Di Malaysia. Kajian yang akan dilakukan berdasarkan kepada data yang diperolehi melalui senarai nama filem-filem adaptasi dari tahun 1950 hingga 2005. Pengkhususan akan diberikan untuk melihat jumlah filem adaptasi dari sumber teks iaitu novel dan mengkaji dari segi jurang di antara tahun filem-filem tersebut diterbitkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kekurangan dan masalah adaptasi untuk diterbitkan menjadi sebuah filem. Di akhir kajian ini, pengkaji mendapati filem adaptasi di Malaysia memang menunjukkan jumlah yang sedikit iaitu dari tahun 1950 hingga 2005 hanya terdapat 9 buah filem adaptasi sahaja. Akhimya, semoga kajian ilmiah ini dapat memberi sumbangan ke arah perkembangan yang lebih positif dan menggalakkan kepada dunia perfileman di Malaysia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kasim, Norhidayu
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Adaptasi Novel; Filem Melayu; Filem Malaysia
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18636
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NORHIDAYU KASIM CT 06_5.pdf] Text
PPb_NORHIDAYU KASIM CT 06_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

18636

Indexing

Statistic

Statistic details