Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sistem pelupusan sisa pepejal yang dipraktikkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor bahagian selatan. Skop kajian tertumpu pada keberkesanan kaedah yang digunakan oleh sesebuah PBT dan cadangan untuk menambah baik kaedah yang telah dipraktikkan. Pengumpulan data dilaksanakan dengan menemubual pegawai PBT dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan tinjauan tapak di tapak pelupusan di dalam kawasan PBT. Data yang diperolehi dianalisa dan dibuat perbandingan dari segi pengurusan, kemudahan-kemudahan yang disediakan di tapak pelupusan sisa pepejal di kawasan tersebut dan keberkesanan sistem yang digunakan. Akhir sekali, rumusan akan dibuat dan cadangan akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan pengurusan sisa pepejal.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Eny Hasra UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Sistem pelupusan pepejal; Pihak Berkuasa Tempatan |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18500 |
Download
PPb_ENY HASRA MOHAMED AP 10_5.pdf
Download (2MB)