Penguasaan pelajar terhadap pengajian ilmu Balaghah (retorik) Arab: kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Melaka / Anuar Sopian and Fakrulnizam Jafri

Sopian, Anuar and Jafri, Fakrulnizam (2011) Penguasaan pelajar terhadap pengajian ilmu Balaghah (retorik) Arab: kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Melaka / Anuar Sopian and Fakrulnizam Jafri. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Bahasa Arab bermula sejak penurunan Al-Quran dalam bahasa Arab yang merupakan mukjizat yang paling agung di dunia ini. Balaghah atau pun retorik Arab merupakan antara elemen asas pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab selain daripada Nahu dan Saraf. la amat penting dalam bahasa Arab bagi memudahkan pemahaman terhadap sesuatu teks Arab kerana Bahasa Arab adalah bahasa yang unik dan penuh dengan gaya bahasa kesusasteraan selain memahami Al-Quran dan Hadis. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penguasaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Melaka terhadap bahasa Arab khususnya ilmu Balaghah bagi mengetahui persepsi dan pengetahuan pelajar terhadap pengajian ilmu retorik Arab serta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran ilmu retorik Arab. Seramai 150 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian daripada jumlah keseluruhan 508 orang pelajar tingkatan lima di SMKA dan SABK seluruh negeri Melaka. Empat sekolah telah dipilih daripada beberapa daerah di negeri Melaka untuk menjadi lokasi kajian, iaitu SMKA Sultan Muhammad Batu Berendam Melaka, SMKA Syarifah Rodziah Telok Mas Melaka, SMA Ahmadi Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka dan SMA Ihya El Karim
Tanjong Bidara Masjid Tanah, Melaka. Secara keseluruhannya persepsi dan pengetahuan terhadap pengajian ilmu retorik Arab atau al-Balaghah di kalangan pelajar-pelajar aliran agama
di setiap SMKA dan SABK yang dikaji adalah pada tahap yang baik. Namun terdapat beberapamasalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh para pelajar yang boleh mengganggu mereka untuk menguasai ilmu ini. Bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah dengan sebaik mungkin, penyelidik telah mencadangkan beberapa langkah yang boleh diperhatikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pengurusan sekolah dan para guru.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sopian, Anuar
UNSPECIFIED
Jafri, Fakrulnizam
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Pengajian ilmu Balaghah; Retorik Arab; Bahasa Arab
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/18169
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ANUAR SOPIAN RMI 11_5.pdf] Text
LP_ANUAR SOPIAN RMI 11_5.pdf

Download (136kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

18169

Indexing

Statistic

Statistic details