Projek filem pendek babak terakhir: pendekatan genre Psychological Thriller / Nur Maisarah Ramlan

UNSPECIFIED (2014) Projek filem pendek babak terakhir: pendekatan genre Psychological Thriller / Nur Maisarah Ramlan. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img] Text
TD_NUR MAISARAH RAMLAN FF 14_5.pdf

Download (0B)

Abstract

Projek filem pendek Babak Terakhir mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Adam mengalami perkara misteri apabila ditugaskan untuk menghasilkan sebuah skrip.Adam tinggal bersama teman serumah bernama Malik dan turut mempunyai teman wanita bernama Hawa. Konflik terjadi apabila Adam mengetahui bahawa dirinya dipergunakan selain turut mengetahui bahawa Hawa curang di belakangnya bersama dengan teman serumahnya sendiri Malik. Adam tertekan dengan keadaan tersebut mengambil keputusan untuk membunuh Hawa dan Malik. Penyelesaian jalan cerita ini sebenarnya Adam adalah seorang penyakit mental yang tinggal di wad pesakit mental. Adam mempunyai sejarah masa lampau yang teruk apabila dia sering menjadi mangsa deraan fizikal dan seksual oleh ibu dan bapanya. Ibu Adam sering dipukul oleh ayahnya dan akibat tertekan kerana sering menjadi mangsa suaminya, ibu Adam meluahkan rasa marahnya kepada Adam dengan cara menyeksa Adam. Terkesan dengan keadaan itu Adam mengalami tekanan jiwa dan dia sering mendengar bisikan supaya membunuh ibu dan bapanya.Akibat tidak tahan dengan sikap kedua ibu bapanya, Adam mengambil keputusan membunuh ibu bapanya.

Item Type: Thesis (Degree)
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 16957
Uncontrolled Keywords: Filem pendek; Genre; Psychological Thriller
Last Modified: 18 May 2017 08:48
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16957

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year