Putri Purnama Sugua (2016) Projek filem pendek Mimpi Untuk Terbang: aspek estetika filem realisme sosial / Putri Purnama Sugua. [Student Project] (Unpublished)
Abstract
Projek Filem Pendek Mimpi Untuk Terbang – Aspek Estetika Filem Realisme Sosial adalah kajian terhadap aspek-aspek estetika yang membentuk medium filem realisme sosial. Kajian ilmiah ini dijalankan bertujuan untuk menyingkap persoalan estetika yang wujud dalam pembentukan medium filem realisme sosial dan fungsinya dalam menyampaikan realiti hidup kelas-kelas pekerja bawahan yang miskin. Di samping itu, kajian ilmiah ini akan merungkai kepentingan kewujudan medium realism sosial terhadap sinema dan tanggungjawabnya dalam memberi kesedaran kepada penonton. Fokus struktur pembentukan filem-filem realisme sosial yang membawa kepada pemaparan masalah sosial yang dihadapi subjek dalam filem realisme sosial akan dikaji bagi membantu penghasialn filem pendek Mimpi Untuk Terbang. Berdasarkan pandangan teori Andre Bazin dan Sergei Eisenstein terhadap realisme dalam filem, kajian ini akan menghubungkaitkan kedua-duanya bagi melihat fungsi dan peranan penyampaian realisme dalam filem.
Metadata
Item Type: | Student Project | ||||
---|---|---|---|---|---|
Creators: |
|
||||
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation | ||||
Item ID: | 16872 | ||||
Uncontrolled Keywords: | Projek filem pendek; Filem Mimpi Untuk Terbang; Aspek estetika | ||||
URI: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16872 |
Download
![]() |
Text
PPb_PUTRI PURNAMA SUGUA FF 16_5.pdf Download (161kB) |
Fulltext

View in Google Scholar
Actions (login required)
![]() |
View Item |