Pengiraan faedah dan penyelesaian awal perjanjian sewa-beli di bawah akta sewa-beli 1967-satu perbincangan / Nik Mohamed Ruslin Nik Jaafar

UNSPECIFIED (1992) Pengiraan faedah dan penyelesaian awal perjanjian sewa-beli di bawah akta sewa-beli 1967-satu perbincangan / Nik Mohamed Ruslin Nik Jaafar. Jurnal Akademik UiTM Sarawak. pp. 50-56. ISSN 0128-2635

Abstract

Pembelian barangan secara perjanjian sewa-beli merupakan salah satu kaedah bayaran ansuran yang begitu popular di kalangan pengguna-pengguna Malaysia bagi mendapatkan secepat mungkin barangan yang mereka hajati. Perjanjian Sewa-Beli di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 dan setiap perjanjian akan melibatkan dua parti yang terdiri daripada penyewa (pembeli) dan tuanpunya (syarikat kewangan). Artikel ini walau bagaimanapun tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut isi kandungan dan berbagai defmisi yang terdapat di dalam akta ini, tetapi akan menumpukan kepada perbincangan dalam pengiraan faedah ke atas amaun sewa beli dan pengiraan amaun yang perlu dibayar oleh penyewa apabila membuat penyelesaian awal. Ini penting kerana kebanyakan pengguna tidak begitu faham dengan kaedah yang digunakan oleh tuan punya (syarikat kewangan) apabila membuat pengiraan faedah dan amaun yang perlu dibayar oleh penyewa dalam menyelesaikan perjanjian lebih awal daripada tempoh yang telah ditetapkan. Oleh kerana itu, artikel ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang dipraktikkan dalam menyelesaikan masalah-masalah di atas mengikut Akta Perjanjian Sewa Beli 1967. Diharapkan melalui artikel ini, para pengguna akan mendapat satu penerangan yang jelas dan boleh dipraktikkan oleh para pengguna dalam membuat keputusan untuk menggunakan kemudahan perjanjian sewa beli atau pun apabila membuat keputusan untuk menyelesaikan perjanjian sewa beli sebelum tamat tempohnya.

Metadata

Item Type: Article
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak
Journal or Publication Title: Jurnal Akademik UiTM Sarawak
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Akademik UiTM Sarawak
ISSN: 0128-2635
Page Range: pp. 50-56
Keywords: Perjanjian sewa-beli; Akta sewa-beli; Pengiraan faedah
Date: 1992
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16790
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_NIK MOHAMED RUSLIN NIK JAAFAR JAS 92.pdf] Text
AJ_NIK MOHAMED RUSLIN NIK JAAFAR JAS 92.pdf

Download (0B)

ID Number

16790

Indexing

Statistic

Statistic details