Pencarian teman hidup berlandaskan Islam melalui laman jaringan social / Fakrulnizam Jafri … [et al.]

UNSPECIFIED (2015) Pencarian teman hidup berlandaskan Islam melalui laman jaringan social / Fakrulnizam Jafri … [et al.]. In: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015, 11-12 November 2015, Hotel Mahkota, Melaka.

[img] Text
PRO_FAKRULNIZAM JAFRI M 15.pdf

Download (0B)

Abstract

Kepesatan penggunaan teknologi internet dunia mencatatkan seramai 3.14 bilion pengguna sehingga pertengahan Jun 2015. Kita tidak pernah terfikir bahawa zaman sekarang teman hidup boleh juga didapati melalui internet. Sebelum wujudnya laman jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya, generasi terdahulu lebih menggunakan cara terus bersemuka dengan pasangan yang ingin dikenali dan menggunakan medium seperti surat dan telefon. Kajian lepas menunjukkan enam kaedah pencarian teman hidup melalui laman jaringan sosial, iaitu meramaikan kenalan di laman jaringan sosial, menjadi diri sendiri, bergiat aktif di dunia nyata, bergiat aktif di alam maya, berjumpa di luar ; dan sentiasa berdoa dan menunaikan Solat Istikharah. Dengan adanya laman jaringan sosial boleh menjadikan hubungan terjalin bertambah akrab. Bahkan, sebuah kajian yang dilaporkan oleh takepart.com menyebutkan, satu pertiga perkahwinan yang terjadi di tahun 2005 sehingga 2012 berlaku kerana pertemuan di internet. Data ini menunjukkan perkenalan di internet mula popular pada tahun 2005 di mana pada masa itu Friendster, MySpace, MuslimSpace dan Tagged sangat popular digunakan untuk berhubung dan seterusnya mendapat teman hidup. Faktor laman jaringan sosial seperti interaksi, penglibatan, kualiti dan keintiman (independent variable) dilihat boleh memberi kesan kepada penyatuan hati (dependent variable). Faktor mesra di laman jaringan sosial dilihat sebagai perantara (mediating variable) sama ada kemesraan di laman jaringan sosial boleh membantu penyatuan hati, tiada signifikan ataupun sebaliknya. Kajian ini berpandukan kepada Teori Sistem Kebergantungan Media (Media Systems Dependency Theory) yang diperkenalkan oleh Sandra Ball-Rokeach dan Melvin DeFleur. Teori ini akan menentukan sama ada laman jaringan sosial ini membantu dalam pencarian teman hidup atau sebaliknya. Kajian ini akan menggunakan keadah kuantitatif yang melibatkan 30 sampel sebagai kajian awalan (pilot test).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Event Title: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015
Event Dates: 11-12 November 2015
Page Range: pp. 627-635
Item ID: 16676
Uncontrolled Keywords: Pencarian teman hidup;Islam; Laman jaringan social
Last Modified: 18 Apr 2017 04:26
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16676

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year