Keberkesanan dakwah melalui laman jaringan sosial dalam membentuk masyarakat Islam / A.Rauf Ridzuan … [et al.]

Ridzuan, A.Rauf (2015) Keberkesanan dakwah melalui laman jaringan sosial dalam membentuk masyarakat Islam / A.Rauf Ridzuan … [et al.]. In: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015, 11-12 November 2015, Hotel Mahkota, Melaka.

Abstract

Komunikasi amat diperlukan dalam Islam. Setiap orang Islam adalah pendakwah, yang berfungsi sebagai seorang da'ie dan bertanggungjawab untuk menyampaikan seruan Islam mengikut kemampuan mereka. Dakwah juga perlu dijalankan sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Dakwah bermaksud 'panggilan' atau 'jemputan'; yang bermaksud untuk menjemput orang bukan Islam kepada Islam dan juga terhadap umat Islam supaya dapat memahami amalan Islam yang sebenar. Menurut al-Qardawi dakwah adalah satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah swt dan melaksanakan segala ketentuan Allah di muka bumi ini. Dalam usaha untuk menyebarkan mesej, seseorang itu perlu bergantung kepada medium tertentu dari masa ke masa. Seperti yang dinyatakan oleh Naveed Shamem (2015), dakwah adalah satu proses yang berterusan yang tidak pernah berhenti sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW. Kini, media sosial telah menjadi alat yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej (dakwah) kerana hamper setiap rumah kini mempunyai akses internet. Oleh itu, media seperti TV dan radio semakin hilang popularitinya. Memperbanyakkan dakwah amat diperlukan kerana sejak kebelakangan ini, masalah sosial semakin berleluasa dan keruntuhan moral semakin menjadi - jadi. Oleh itu, untuk kajian ini, penyelidik akan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Rangka kerja penyelidikan telah dibina untuk melihat proses penyelidikan secara keseluruhan. Kajian ini juga akan berlandaskan oleh "Uses & Gratification Theory” dan juga “Cultivation Theory”. Akhir sekali, kajian ini akan menentukan sama ada rangkaian sosial berkesan dalam membantu proses dakwah atau sebaliknya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ridzuan, A.Rauf
UNSPECIFIED
Event Title: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015
Event Dates: 11-12 November 2015
Page Range: pp. 593-599
Keywords: Laman jaringan sosial; Masyarakat Islam
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16670
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_A.RAUF RIDZUAN M 15.pdf] Text
PRO_A.RAUF RIDZUAN M 15.pdf

Download (1MB)

ID Number

16670

Indexing

Statistic

Statistic details