Budaya hedonisme dan cabarannya terhadap pembangunan tamadun ummah / Halipah Hamzah

Hamzah, Halipah (2010) Budaya hedonisme dan cabarannya terhadap pembangunan tamadun ummah / Halipah Hamzah. Esteem Academic Journal, 6 (2). pp. 83-99. ISSN 1675-7939

Abstract

Teras pembangunan tamadun Islam yang merupakan tamadun sebaik-baik umat ialah pembangunan kerohanian. Pembangunan tamadun dalam Islam adalah pembangunan yang menghayati maqasid al-shari 'ah, khususnya lima tujuan utama syariat Islam iaitu memelihara agama, akal, nyawa, keturunan (maruah) dan harta. Setelah kelima-lima perkara ini terjamin, kesejahteraan dan keadilan masyarakat turut terjamin seterusnya melahirkan tamadun hakiki. Kemajuan atau kemunduran sesebuah tamadun sebahagiannya didasari oleh budaya dan ditunjangi oleh moral masyarakat. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. la juga akan menjadikan bangs a itu terhormat dan disegani di mata dunia. Cabaran terhadap pembangunan tamadun ummah dalam aspek sosial yang berpunca daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat di era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integrity dan pembudayaan ilmu dalam masyarakat merupakan suatu cabaran besar kepada pembangunan tamadun ummah. Penularan budaya hedonisme dalam masyarakat, khususnya remaja, merupakan salah satu cabaran besar kepada pembangunan tamadun Islam. Budaya ini melalaikan masyarakat dan menjejaskan pembinaan tamadun ummah.

Download

[img] Text
AJ_HALIPAH HAMZAH ESTEEM 10.pdf

Download (26MB)

Metadata

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num.
Hamzah, HalipahUNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: Esteem Academic Journal
ISSN: 1675-7939
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 83-99
Item ID: 16495
Uncontrolled Keywords: Budaya hedonisme;Cabaran; Tamadun ummah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16495

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year