Pengecaman lengkok fertiliti ekstrim di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan analisis plot kotak fungsian / Hazlenah Hanafiah, Adelina Ebun and Hasnawati Guliling

UNSPECIFIED (2016) Pengecaman lengkok fertiliti ekstrim di Semenanjung Malaysia dengan pendekatan analisis plot kotak fungsian / Hazlenah Hanafiah, Adelina Ebun and Hasnawati Guliling. Borneo Akademika, 1 (1). pp. 62-69. ISSN 2462-1641

Full text not available from this repository.

Abstract

Pertumbuhan penduduk yang stabil dan konsisten memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang. Tahap fertiliti adalah suatu ukuran yang sangat bersesuaian dan merupakan komponen utama dalam memperihalkan isu kependudukan. Kebanyakan kajian terdahulu di Malaysia hanya menekankan kepada kaedah klasik yang lebih memfokus kepada data berbentuk titik. Justeru itu, kajian ini menerapkan konsep fungsian bagi melihat sejauh mana perubahan fertiliti secara menyeluruh sepanjang tempoh umur reproduktif. Unsur keselanjaran yang mencerminkan ciri sebenar fertiliti juga dapat digambarkan melalui pembinaan data fungsian tersebut. Analisis plot kotak fungsian dengan penerapan konsep kedalaman batas diaplikasikan bagi mengenal pasti lengkok ekstrim. Kaedah ini mampu menyediakan pengitlakan konsep median, persentil dan nilai ekstrim secara reruang melalui gambaran lengkok. Berdasarkan dapatan, tahap fertiliti di Semenanjung Malaysia tidak mengalami perubahan yang sangat ketara bagi kesemua peringkat umur reproduktif ibu. Walau bagaimanapun tahap fertiliti bagi kaum India menunjukkan wujudnya lengkok separa ekstrim iaitu pada tahun 1958 dan 1959 di kalangan ibu muda.

Item Type: Article
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
ISSN: 2462-1641
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 62-69
Item ID: 16439
Uncontrolled Keywords: Fertiliti ekstrim; Semenanjung Malaysia; Plot kotak fungsian
Last Modified: 08 Jun 2017 04:54
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16439

Actions (login required)

View Item View Item