Metafora konsepsi berdasarkan tajuk berita akhbar / Nursafawatie Mahadi

Mahadi, Nursafawatie (2016) Metafora konsepsi berdasarkan tajuk berita akhbar / Nursafawatie Mahadi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Semantik kognitif ialah pendekatan yang bertunjangkan pengalaman (experientalist approach) dan mengambil kira pengalaman lampau serta alam sekeliling. Metafora bukan sahaja aspek penting dalam bahasa tetapi berkaitan dengan pemikiran atau cara berfikir Metafora konsepsi biasa digunakan oleh manusia untuk memahami entiti yang abstrak melalui` sesuatu yang konkrit. Namun, kajian ini juga akan menggunakan teori Metafora Konsepsi oleh Lakoff (1993) yang melibatkan proses pemetaan dua domain iaitu domain sumber dan domain sasaran. Domain sumber ini dijadikan sebagai entiti konkrit untuk memahami entiti abstrak yang juga dikenali sebagai domain sasaran. Permasalahan kajian ini mendapati bahawa pengkaji lepas menggunakan genre seperti novel, skrip teater, simpulan bahasa, peribahasa, polisemi dan sebagainya telah menjadi pewajaran kepada pengkaji untuk melakukan satu kajian metafora konsepsi berdasarkan tajuk berita akhbar dengan mengaitkan metafora konsepsi, proses pemetaan domain, jenis-jenis metafora konsepsi dan skema imej. Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji metafora linguistik dalam tajuk berita akhbar menghasilkan metafora konsepsi serta skema imej dan pola jenis metafora yang terdapat dalam tajuk berita akhbar. Data kajian telah di ambil daripada bahan lama iaitu carian arkib lama daripada Utusan Malaysia sebagai sumber data. Hasil kajian yang dijalankan, metafora konsepsi telah berjaya dianalisis berdasarkan proses pemetaan domain dalam menerangkan sistem konseptual yang ada pada pemikiran pengarang terhadap tajuk berita dalam akhbar.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahadi, Nursafawatie
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Keywords: Metafora; Berita akhbar
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16221
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NURSAFAWATIE MAHADI APB 16_5.pdf] Text
PPb_NURSAFAWATIE MAHADI APB 16_5.pdf

Download (182kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16221

Indexing

Statistic

Statistic details