Metafora hati dalam korpus tradisional dan korpus kontemporari : satu analisis teori hibrid / Nur Faizzah Mohd Zalkanil

Mohd Zalkanil, Nur Faizzah (2016) Metafora hati dalam korpus tradisional dan korpus kontemporari : satu analisis teori hibrid / Nur Faizzah Mohd Zalkanil. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Manusia seringkali menggunakan metafora untuk mengekspresikan emosi yang bersifat abstrak. Antara isu yang cuba diketengahkan dalam kajian ini adalah tidak kesemua metafora terhasil daripada entiti yang bersifat abstrak. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk membincangkan penginterpretasian makna metafora HATI yang bersifat konkrit dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu dan kini. Perbandingan metafora HATI dalam masyarakat Melayu dahulu dan kini dilakukan untuk mendapatkan konsep metafora HATI secara menyeluruh. Data kajian ini menggunakan 70 prosa klasik yang diambil daripada pangkalan Malay Concordance Project dan 425 buah buku daripada pangkalan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Analisis berasaskan Teori Hibrid ini telah dapat mengenal pasti dan menghasilkan dua rantau konsepsi iaitu rantau konsepsi EMOSI dan rantau konsepsi SIFAT yang memaparkan kognisi dan minda masyarakat Melayu dahulu dan kini. Selain itu, hasil penganalisisan data menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu lebih banyak mengekspresikan emosi negatif dan sifat positif mereka dalam bentuk metafora berbanding masyarakat Melayu kini. Pembuktian ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu sangat mementingkan kelembutan dalam pertuturan berbanding masyarakat Melayu kini. Jelasnya, Teori Hibrid mampu menjelaskan makna metafora HATI dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu dan kini secara menyeluruh dan sistematik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zalkanil, Nur Faizzah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Theory. Method
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional
Keywords: Metafora HATI; Korpus Klasik; Korpus Kontemporari; Teori Hibrid
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16218
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 16218.pdf] Text
16218.pdf

Download (70kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16218

Indexing

Statistic

Statistic details