Metafora dalam kartun editorial Senyum Kambing: analisis teori hibrid / Noor Nazirah Jaafar

Jaafar, Noor Nazirah Jaafar (2016) Metafora dalam kartun editorial Senyum Kambing: analisis teori hibrid / Noor Nazirah Jaafar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti metafora yang terdapat dalam kartun editorial Senyum Kambing dan menganalisis unsur positif dan negatif dalam kartun ini berdasarkan penghasilan rantau konsepsi. Kajian ini dihasilkan kerana kurangnya kajian metafora dalam kartun editorial. Data diperoleh daripada laman sesawang rasmi Utusan Online http://www.utusan.com.my/. Tahun yang dipilih dalam menganalisis kajian ini ialah tahun 2012 sehingga tahun 2014. Tahun-tahun ini dipilih adalah untuk melihat situasi sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Kajian ini menggunakan teori yang telah diperkenalkan oleh Tendahl pada tahun 2009 iaitu Teori Hibrid. Teori ini telah mengacukan dua pendekatan linguistik iaitu linguistik kognitif dan pragmatik. Pada tahun 2010, Stöver telah memurnikan teori ini. Teori ini ditunjangi oleh proses tiga serangkai (triple-processing) yang terdiri daripada proses simulasi, proses penakbiran dan proses metarepresentasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya penggunaan metafora dalam kartun editorial Senyum Kambing. Metafora yang terdapat dalam kartun editorial Senyum Kambing terbahagi kepada dua jenis iaitu Metafora Konvensional dan Metafora Linguistik. Kajian ini juga mendapati bahawa metafora lebih kerap digunakan dalam bidang berita politik dan peratus bagi unsur negatif lebih tinggi berbanding unsur positif kerana kartun editorial berfungsi sebagai sindiran dan nasihat.

Download

[img] Text
PPb_NOOR NAZIRAH JAAFAR APB 16_5.pdf

Download (0B)

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Jaafar, Noor Nazirah JaafarUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire > Comic books, strips, etc
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Item ID: 16216
Uncontrolled Keywords: Metafora, kartun, teori hibrid
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16216

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year