Lakuan bahasa menolak dalam filem Labu Dan Labi / Sharifah Farah Adila Syed Faizal Badrul

Syed Faizal Badrul, Sharifah Farah Adila (2016) Lakuan bahasa menolak dalam filem Labu Dan Labi / Sharifah Farah Adila Syed Faizal Badrul. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Lakuan bahasa bermaksud ujaran atau pertuturan seharian yang memberikan makna tertentu mengikut konteks tertentu. Kajian ini meneliti aspek lakuan bahasa yang terdapat dalam filem “Labu dan Labi”. Fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis lakuan bahasa menolak dengan memperlihatkan dengan jelas strategi penolakan yang digunakan. Strategi-strategi penolakan tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu strategi penolakan langsung yang terdiri daripada pernyataan ‘tidak”, tidak beserta justifikasi dan menggunakan partikel pragmatik manakala strategi penolakan tidak langsung terdiri daripada sarkastik, berpagar berserta sebab, menggunakan partikel pragmatik, mengelak dari menjawab, buat-buat bodoh dan menimbulkan pertanyaan. Setiap strategi dianalisis berserta aspek lakuan bahasa lokusi (lakuan pengucapan), ilokusi (niat penutur) dan perlokusi (tindakan penutur). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lapan strategi penolakan yang digunakan dalam filem “Labu dan Labi”, manakala strategi penolakan tidak langsung berpagar berserta sebab tidak digunakan dalam kajian ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa penutur kurang menjaga air muka ketika melakukan lakuan bahasa penolakan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Syed Faizal Badrul, Sharifah Farah Adila
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Keywords: Lakuan; Bahasa menolak; Filem Labu Dan Labi
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16215
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SHARIFAH FARAH ADILA SYED FAIZAL BADRUL APB 16_5.pdf] Text
PPb_SHARIFAH FARAH ADILA SYED FAIZAL BADRUL APB 16_5.pdf

Download (0B)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

16215

Indexing

Statistic

Statistic details