Reka bentuk aplikasi morfologi Arab menggunakan animasi interaktif / Bashasunnahar Puasa

Puasa, Bashasunnahar (2015) Reka bentuk aplikasi morfologi Arab menggunakan animasi interaktif / Bashasunnahar Puasa. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing/kedua sudah lama mendapat perhatian di Malaysia khususnya di negeri Selangor di dalam sektor pendidikan Islam. Pelbagai kajian telah dijalankan oleh para pengkaji dan mereka mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar negeri Selangor khususnya masih belum berada pada tahap yang amat memuaskan. Jika diperhatikan, banyak faktor yang menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut termasuklah kelemahan dalam amalan pedagogi, penggunaan alat/bahan bantu mengajar (BBM) dan kegagalan memanfaatkan perkembangan teknologi semasa. Kajian ini bertujuan mereka membina sebuah aplikasi prototaip dengan menggunakan animasi interaktif untuk subjek morfologi Arab tingkatan 4 Kurikulutn alAzhar (KA) di Sekolah Agama Menengah Jabatan Agama Islam Selangor (SAM JAIS), Maahad Tahfiz Integrasi Teknologi dan Sains (MITS) di negeri Selangor. Aplikasi ini akan mengetengahkan pengunaan animasi interaktif melalui persembahan animasi teks dan grafik serta audio dengan beberapa teknik dan kesan animasi 2D, manakala penggunaan elemen interaktif pula membolehkan pengguna mengunakan aplikasi dengan mudah dan menarik. Proses pembangunan aplikasi ini adalah berdasarkan model reka bentuk instruksi William Horton, ianya dipilih sebagai panduan aliran kerja. 4 peringkat pembungunan model berdasarkan model William Horton, iaitu analisis, reka bentuk, bina dan penilaian. Manakala dapatan kajian menunjukkan penghasilan satu prototaip aplikasi morfologi Arab berasaskan animasi interaktif dalam bentuk cekera padat telah dibina dan dapatan juga menunjukkan bahawa pembelajaran morfologi Arab menggunakan animasi interaktif adalah berkesan dan baik. Pada akhimya beberapa cadangan turut diberikan kepada pihak yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti PdP bahasa Arab.

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year