Sistem pengkodan dan tanda menerusi mise-en-scene dalam trilogi Yasmin Ahmad / Marziah Mohamed Mukhtar

Mohamed Mukhtar, Marziah (2006) Sistem pengkodan dan tanda menerusi mise-en-scene dalam trilogi Yasmin Ahmad / Marziah Mohamed Mukhtar. Student Project. Faculty of Artistic and Creative Technology, Shah Alam. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MARZIAH MOHAMED MUKHTAR 06_5.PDF

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mentafsir visual denotatif dan konotatif hingga ke tahap myth dengan berpandukan kepada sistem pengkodan; kod berasal daripada budaya menerusi mise-en-scene dalam trilogi Yasmin Ahmad, Rabun (2003), Sepet (2005) dan Gubra (2006). Dalam pada itu, kajian ini turut dijalankan bagi mengupas signified melalui signifiemya. serta melihat kepentingannya dalam menyampaikan ideologi pengarah kepada penonton. Seterusnya, tujuan kajian ini dibuat juga adalah bagi mengenalpasti sama ada terdapatnya pengulangan tanda-tanda dan tujuan pengulangannya dalam trilogi terbabit. Selain itu, kajian ini melibatkan pengaplikasian teori semiotik yang hanya membabitkan konsep sistem pengkodan Christian Metz dan konsep tanda Roland Barthes. Justeru, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu menjurus kepada kaedah analisa kandungan trilogi tersebut bagi membuat penilaian dan klasifikasi terhadap adegan-adegan utama yang boleh digunapakai dalam kajian pengkaji. Berdasarkan kajian yang dijalankan pengkaji dengan berpandukan konsep Metz dan Barthes, pengkaji mendapati penggunaan signifier tertentu melalui visual denotatif Yasmin Ahmad dalam triloginya, mempunyai signified tertentu setelah dikembangkan kepada visual konotatif. Di samping itu, sekiranya dilihat pada tahap myth pula, sememangnya terdapat ideologi yang cuba disampaikan oleh Yasmin kepada penontonnya. Hasil kajian pengkaji juga memperlihatkan adanya pengulangan signifier yang sama dalam trilogi filem terbabit bagi memberi penekanan terhadap ideologi yang cuba dikomunikasikan atau disalurkan Yasmin kepada penonton.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mohamed Mukhtar, MarziahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General)
Divisions: Faculty of Artistic and Creative Technology
Item ID: 15987
Uncontrolled Keywords: Sistem pengkodan; Mise-en-scene; Trilogi
Last Modified: 22 Dec 2016 02:04
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15987

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year