Projek animasi pendek where’s my car?: representasi sinestesia di dalam animasi / Sabariyah Mohd Yusoff

Mohd Yusoff, Sabariyah (2015) Projek animasi pendek where’s my car?: representasi sinestesia di dalam animasi / Sabariyah Mohd Yusoff. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sinestesia merupakan keadaan neurologi yang berkaitan dengan deria manusia di mana stimulasi terhadap deria yang dirasai bertindan sekaligus menghasilkan tafsiran tambahan terhadap deria yang diterima. Namun yang demikian, menerusi pemerhatian didapati bahawa penerapan representasi sinestesia jarang digunakan di dalam filem mahupun karya animasi terutamanya di Malaysia. Bagi mengkaji serta mengumpul data mengenai kepentingan serta kriteria representasi sinestesia di dalam animasi, kajian berbentuk kualitatif iaitu melalui kaedah bacaan serta perbandingan antara tiga teks animasi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima kriteria yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam menghasilkan representasi sinestesia di dalam sesebuah animasi iaitu: mempunyai unsur pertindihan pancaindera; bersifat individual; mempunyai elemen keharmonian; tafsiran representasi sinestesia yang konsisten; dan, representasi visual sinestesia digambarkan terapung. Projek animasi pendek Where’s my Car? dihasilkan berdasarkan dapatan kajian yang telah ditemui.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Yusoff, Sabariyah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Technique of dramatic composition
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Animated films
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Projek animasi pendek; " where’s my car?'; Animasi
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15948
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_SABARIYAH MOHD YUSOFF FF 15_5.pdf] Text
PPb_SABARIYAH MOHD YUSOFF FF 15_5.pdf

Download (611kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15948

Indexing

Statistic

Statistic details