Hubungan pengaruh gaji terhadap motivasi kakitangan produksi teater di Kuala Lumpur / Engku Munirah Nabihah Engku Abd Rahman

Engku Abd Rahman, Engku Munirah Nabihah (2015) Hubungan pengaruh gaji terhadap motivasi kakitangan produksi teater di Kuala Lumpur / Engku Munirah Nabihah Engku Abd Rahman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pekerjaan teater kurang menguntungkan kerana pendapatannya tidak tetap. Kajian ini memfokuskan kepada aspek pendapatan yang diperolehi sebagai motivasi pekerja teater. Kajian ilmiah ini amat berhubung kait dengan pengurusan sumber manusia. Faktor penetapan gaji dilihat samada dari aspek pendidikan, pengalaman, personaliti atau kemampuan produksi. Penulis menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan teknik kajian temubual dan borang soal selidik. Objektif kajian ini adalah membandingkan perbezaan kriteria pembayaran gaji antara 4 kelompak yang bergiat aktif di dalam produksi teater antaranya ialah Badan Kerajaan, Badan Swasta, Badan-badan Bebas (NGO) dan Persendirian, menganalisa gaji yang diperoleh mengikut ketetapan penjawatan individu dan menghubung kaitkan gaji sebagai motivasi kepada kakitangan produksi teater. Dapatan kajian ini mendapati bayaran bukanlah faktor utama motivasi kepada seseorang pekerja teater tetapi dorongan minat, kepuasan diri, pekerjaan itu sendiri dan keadaan kerja mendorong mereka untuk terus menjadi seorang pengiat seni dan kru produksi di dalam bidang seni teater ini.

Download

[img] Text
PPb_ENGKU MUNIRAH NABIHAH ENGKU ABD RAHMAN FF 15_5.pdf

Download (302kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year