Aplikasi struktur latihan pergerakan kreatif kanak-kanak prasekolah dalam teater / Aimi Muslihah Mohd Zulkefli

Mohd Zulkefli, Aimi Muslihah (2015) Aplikasi struktur latihan pergerakan kreatif kanak-kanak prasekolah dalam teater / Aimi Muslihah Mohd Zulkefli. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti pembinaan struktur latihan pergerakan kreatif ke atas kanak-kanak prasekolah. Di samping itu, kajian ini bertujuan menunjukkan sama ada kanak-kanak prasekolah berjaya atau tidak berjaya dalam mengikuti kajian pembinaan struktur latihan pergerakan kreatif yang disediakan. Kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak di Tabika KEMAS Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Seramai 15 orang kanak-kanak yang mewakili umur 5 dan 6 tahun terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini diambil dari pelbagai pergerakan senaman yang sentiasa dilakukan sebelum melakukan aktiviti pergerakan dan teori pengiraan oleh Trukman dan Waheed. Instrumen ini direka bentuk untuk menampakkan kreatif di dalam pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Data yang telah dikumpul seterusnya dianalisis dan dijadualkan menggunakan paradigma. Melalui keputusan yang diperolehi, dapatlah diketahui bahawa walaupun latihan yang dilakukan sama, setiap kanak-kanak mempunyai tahap keupayaan yang tersendiri untuk mengikuti latihan yang dilakukan. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat diperlukan bagi mengetahui prestasi kanak-kanak dalam menjalankan pembinaan struktur latihan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zulkefli, Aimi Muslihah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Preschool education. Nursery schools > Methodology > Creative activities and seat work
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Struktur latihan pergerakan kreatif; Kanak-kanak Prasekolah; Teater
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15881
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_AIMI MUSLIHAH MOHD ZULKIFLI FF 15_5.pdf] Text
PPb_AIMI MUSLIHAH MOHD ZULKIFLI FF 15_5.pdf

Download (255kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15881

Indexing

Statistic

Statistic details