Projek pengurusan pentas teater Samaya: Perlaksanaan pengurus pentas menurut prinsip Wasatiyyah / Ilifazrin Mohamad Ramli

Mohamad Ramli, Ilifazrin (2014) Projek pengurusan pentas teater Samaya: Perlaksanaan pengurus pentas menurut prinsip Wasatiyyah / Ilifazrin Mohamad Ramli. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pengurus pentas mempunyai peranan tersendiri dalam menyumbangkan sesuatu keupayaan terhadap pengurusan pentas yang berkesan, melibatkan kebergantungan antara setiap pelakon, ahli produksi dan juga pengurus pentas itu sendiri. Kajian ini adalah berkaitan perlaksanaan pengurus pentas menurut prinsip Wasatiyyah dalam pengurusan pentas Teater Samaya. Kajian ini ditulis bertujuan untuk meneliti dan memahami prinsip Wasatiyyah yang telah dilaksanakan dalam pengurusan pentas Teater Samaya. Kaedah kualitatif yang melibatkan data sekunder hasil daripada kaedah perpustakaan, analisis wacana, serta media elektronik telah digunakan. Manakala melalui data primer pula, kaedah pemerhatian turut digunakan bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian telah memperlihatkan kesan prinsip Wasatiyyah yang dikaji dalam perlaksanaan pengurus pentas terhadap pengurusan pentas Teater Samaya. Melalui prinsip Wasatiyyah juga, ianya diharapkan dapat membentuk nilai kesedaran, meningkatkan tahap kekuatan serta membentuk individu bergelar pengurus pentas dengan mengamalkan sifat kesederhanaan dalam bidang kepimpinan yang diceburi

Download

[img] Text
PPB_ILIFAZRIN MOHAMAD RAMLI FF 14_5.pdf

Download (252kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year