Projek teater Semerbak: Falsafah Immanuel Kant Sublime dalam pembinaan perwatakan / Muhamad Faiz Lazarus

Lazarus, Muhamad Faiz (2014) Projek teater Semerbak: Falsafah Immanuel Kant Sublime dalam pembinaan perwatakan / Muhamad Faiz Lazarus. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MUHAMAD FAIZ LAZARUS FF 14_5.pdf

Download (250kB)

Abstract

Kertas kajian ini membincangkan tentang aplikasi falsafah Immanuel Kant yang diambil menjadi kaedah lakon dengan menggunakan teknik dalaman (Dynamical Sublime) dan kemudiannya dizahirkan melalui pergerakan, percakapan mahupun apa sahaja respon yang bersesuaian (Mathematical Sublime). Falsafah dari Immanuel Kant iaitu Sublime, terbahagi kepada dua. Pertama, Dynamical Sublime dan kedua adalah Mathematical Sublime. Teori falsafah ini adalah teori diluar dari skop berkaitan dengan kaedah lakon, tetapi diimplikasi menjadi satu teknik lakon berdasarkan falsafah Immanuela Kant. Kajian terhadap beberapa skop yang boleh digabungkan menjadi satu kaedah lakon yang menyatukan dalaman dan luaran ini telah menggunakan kaedah kualitatif dengan berpandukan dari falsafah Immanuel Kant, psikologi (introspeksi) dan juga biomekanik manusia sebagai kerangka kerja. Hasil kajian terhadap projek teater Semerbak memperlihatkan falsafah juga mampu diaplikasikan menjadi satu kaedah lakon yang berkesan walaupun falsafah ini bukanlah perkara yang berkaitan dengan kaedah lakon tetapi digunapakai menjadi satu kaedah lakon yang baru. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa walaupun stail kontemporari yang diketengahkan namun kaedah lakon ini tetap boleh digunakan hasil gabungan psikoanalisis dan juga biomekanik yang menfokuskan pada gerak fizikal dalam lakonan. Kajian bagi projek ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada kandungan dalam penghasilan kaedah lakon yang boleh digunapakai dalam industri persembahan terutama dalam persembahan berkenaan dengan lakonan sama ada teater mahupun lakonan dihadapan televisyen.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Lazarus, Muhamad FaizUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Theory. Philosophy. Esthetics
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Dramatic representation. The theater
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15113
Uncontrolled Keywords: Aplikasi falsafah Immanuel Kant; Kaedah lakon; teknik dalaman (Dynamical Sublime)
Last Modified: 09 Nov 2016 07:22
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15113

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year