Projek Teater Samaya: Dinamik seorang aktor melalui sistem Stanislavki Objective Dan Super-Objective / Nuril Hakkim Abdul Halim

Abdul Halim, Nuril Hakkim (2014) Projek Teater Samaya: Dinamik seorang aktor melalui sistem Stanislavki Objective Dan Super-Objective / Nuril Hakkim Abdul Halim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kertas kajian ini membincangkan tentang sebuah teknik yang digunakan di dalam proses pembentukkan watak Deraman. Pengkaji telah menggunakan teknik dari sistem Stanislavki objective dan super-objective di samping menggunakan dinamik seorang aktor di dalam proses pembentukkan watak. Pengkaji memfokuskan kajian terhadap teknik objective dan super-objective sahaja. Akan tetapi teknik-teknik yang lain di dalam sistem tersebut masih tetap digunakan di dalam proses pembentukkan watak. Dengan mendapatkan sumber-sumber daripada kajian yang lepas, pengkaji dapat membantu dalam merealisasikan kajian ini. Kajian kualitatif telah digunakan bagi mendapatkan hasil kajian. Kaedah seperti pembacaan ilmiah, pemerhatian, temubual dan latihan adalah merupakan metodologi yang telah digunakan. Hasil kajian yang diperoleh berpandukan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan. Terlebih dahulu pengkaji akan melihat perkaitan antara dinamik seorang aktor dengan sistem Stanislavki objective dan super-objective. Kemudian hasil daripada perkaitan ini akan diaplikasikan ke dalam proses latihan. Hasil aplikasi ini diperoleh setelah melalui beberapa peringkat. Beberapa cadangan dan kekangan telah dikenalpasti sepanjang tempoh menyudahkan kajian ini

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Abdul Halim, Nuril HakkimUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Production and direction > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15104
Uncontrolled Keywords: Projek Teater Samaya; Sistem Stanislavki; Objective Dan Super-Objective
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15104

Download

[img] Text
PPb_NURIL HAKKIM ABDUL HALIM FF 14_5.pdf

Download (63kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year