Projek novel Wal-Asr: Konsep masa dari Surah Al-Asr dalam tema dan naratif / Wan Nurwahidah Mohamad Nasir

Mohamad Nasir, Wan Nurwahidah (2014) Projek novel Wal-Asr: Konsep masa dari Surah Al-Asr dalam tema dan naratif / Wan Nurwahidah Mohamad Nasir. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_WAN NURWAHIDAH MOHAMAD NASIR FF 14_5.pdf

Download (209kB)

Abstract

Masa merupakan medium terpenting kepada setiap individu. Kebanyakan individu mengetahui definisi konsep masa tetapi penggunaan masa yang terperinci sering diabaikan. Covey (1989), konsep masa merangkumi aspek kehidupan manusia dari segi fizikal dan mental. Manusia perlu bijak membahagikan masa dalam menyelesaikan keutamaan tugas sama ada dari segi fizikal atau mental dahulu. Di dalam ajaran Islam, konsep masa ditegaskan kepentingannya melalui surah Al-Asr. Sayyid Qutb (1985), surah Al-Asr merupakan surah lengkap yang sesuai dijadikan panduan hidup umat Islam. Ini menunjukkan surah Al-Asr adalah medium pengatucaraan kehidupan yang terbaik. Justeru, fokus latihan ilmiah ini ialah menghuraikan penggunaan konsep masa dari surah Al-Asr dalam projek penulisan novel ‘Wal-Asr’. Kerangka kerja yang digunakan adalah berdasarkan konsep masa dari surah Al-Asr. Metodologi yang diguna pakai dalam latihan ilmiah ini ialah buku, artikel dan jurnal yang berkaitan surah Al-Asr serta konsep masa yang berkaitan. Pada akhir latihan ilmiah ini, hasil kajian berkenaan penggunaan konsep masa dari surah Al-Asr dapat dimasukkan dalam naratif projek penulisan novel‘Wal-Asr’. Kesimpulannya, konsep masa dari surah Al-Asr dapat difahami penggunaannya melalui perspektif Islam dengan lebih dekat lagi. Oleh itu, hasil latihan ilmiah ini diharap dapat membantu individu di luar untuk memahami konsep masa berdasarkan tafsiran surah Al-Asr sekaligus memanfaatkan masa dengan sebaiknya menurut ajaran Islam.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Mohamad Nasir, Wan NurwahidahUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Study and teaching
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15098
Uncontrolled Keywords: Projek Novel Wal-Asr; Konsep Masa dari Surah Al- Asr; Naratif
Last Modified: 09 Nov 2016 05:22
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15098

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year