Pengurusan pemeliharaan tapak sejarah: Satu kajian terhadap Kota Malawati , Selangor / Amir Firdaus Md Zain

Md Zain, Amir Firdaus (2014) Pengurusan pemeliharaan tapak sejarah: Satu kajian terhadap Kota Malawati , Selangor / Amir Firdaus Md Zain. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan preservasi yang diamalkan untuk menjaga segala Objek, Artifak dan monumen di Kota Malawati, Kuala Selangor. Kajian ini mencadangkan yang konsep preservasi yang dipelajari dipraktikkan di dalam proses memelihara khazanah Negara dan melindungi tapak khazanah Negara kerana ia merupakan bukti sejarah bagi sesebuah Negara. Keberkesanan atau tahap penjagaan ini dinilai oleh pengkajian dan lawatan tapak dalam menilai tahap pemeliharan dan usaha penjagaan kesemua Objek, artifak dan monumen di Kota Malawati. Sesi temu bual dan lawatan tapak di jalankan dalam pengumpulan data untuk menyelidik sama ada proses preservasi ini dijalankan dan diamalkan. Selain dari itu juga, kajian ini juga mencari penyebab utama dalam menghalang proses preservasi ini dijalankan dan cuba mencari inisiatif yang dapat dilakukan bagi tujuan memelihara kesemua artifak khazanah negara. Selain itu, kaedah temubual juga dijalankan untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci. Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh pihak Muzium Kuala Selangor dalam menjaga dan memelihara khazanah di Kota Malawati. Konsep preservasi atau pengurusan pemeliharan ini merupakan teras atau kerangka teori di dalam memelihara khazanah sesebuah negara supaya ia dapat dipertontonkan kepada generasi akan datang. Kajian ini mendapati bahawa pihak pengurusan Muzium Kota Malawati PADAT sedar akan kepentingan proses preservasi ini namun terdapat beberapa halangan yang mereka hadapi di dalam usaha untuk menjaga segala khazanah Negara di sana. Kajian ini merumuskan yang usaha untuk mendapat mandat penuh dalam pengurusan preservasi artifak di Kota Malawati masih di dalam proses permohonan kepada kerajaan Negeri dan Istana Negeri Selangor.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_AMIR FIRDAUS MD ZAIN FF 14_5.pdf] Text
PPb_AMIR FIRDAUS MD ZAIN FF 14_5.pdf

Download (558kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15091

Indexing

Statistic

Statistic details