Faktor dan elemen kejayaan komersial filem komedi seram di Malaysia / Amera Mokhtar

Mokhtar, Amera (2014) Faktor dan elemen kejayaan komersial filem komedi seram di Malaysia / Amera Mokhtar. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_AMERA MOKHTAR FF 14_5.pdf

Download (147kB)

Abstract

Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti Faktor dan Elemen Kejayaan Komersial Filem Komedi Seram di Malaysia. Pemilihan tajuk ini berdasarkan kepada kebangkitan filem genre komedi seram yang dilihat mula melonjak naik dan sering menggemparkan sejarah filem Malaysia dengan pencapaian jumlah kutipan pecah panggungnya. Walaubagaimanapun kajian ini juga menganalisis dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor dan elemen-elemen kejayaan filem komedi seram sebagai medium hiburan kepada masyarakat di Malaysia. Seterusnya kajian ini menyenaraikan faktor dan elemen utama yang diperlukan di dalam sebuah filem bergenre komedi seram untuk menarik minat penonton. Persampelan Mudah (Convenience Sampling) digunakan dalam kajian berkaedah kualitatif ini. Penelitian terhadap kajian ini diteruskan dengan menggunakan teori Uses And Gratification dan hasil kajian menunjukkan bahawa faktor pengambilan dan pengalaman pelakon merupakan tunjang utama bagi tarikan masyarakat untuk menonton filem komedi seram di Malaysia. Manakala elemen kejayaan filem komedi seram dilihat banyak menerapkan elemen komedi slapstik dan parodi. Kajian ini menyimpulkan bahawa gabungan faktor dan elemen yang digarap secara kreatif dapat menarik perhatian masyarakat sekaligus mencapai kutipan yang memberangsangkan. Diharap dengan tugasan berilmiah ini dapat dijadikan sebagai garis panduan dan tunjuk ajar kepada pengarah-pengarah di Malaysia untuk mengorak langkah dengan lebih kreatif dalam menghasilkan filem bergenre komedi seram.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Mokhtar, AmeraUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry > Malaysia
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15077
Uncontrolled Keywords: Elemen kejayaan; Komersial filem; komedi seram
Last Modified: 04 Nov 2016 03:26
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15077

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year