Aplikasi ‘Magic If’ bagi pembinaan watak Ara dan Puan Baqarah dalam projek Teater Asylum / Zalika Nadia Zulkefli

Zulkefli, Zalika Nadia (2013) Aplikasi ‘Magic If’ bagi pembinaan watak Ara dan Puan Baqarah dalam projek Teater Asylum / Zalika Nadia Zulkefli. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_ZALIKA NADIA ZULKEFLI FF 13_5.pdf

Download (302kB)

Abstract

Kaedah ‘The System’ yang diperkenalkan oleh Konstantin Stanilavski telah menjadi satu kaedah lakonan rujukan kepada pelakon dalam bidang seni persembahan. Kaedah lakonan ‘Magic If’ yang terkandung dalam ‘The System’ menjadi satu pencetus kepada pelakon dalam menghasilkan lakonan yang bermutu dan boleh dipercayai oleh penonton. Selaras dengan itu, pengkaji telah mengambil pendekatan dengan membuat kajian yang bertajuk aplikasi ‘Magic If’ untuk membentuk watak Ara dan Puan Baqarah dalam projek teater ‘Asylum’. Kajian ini memberi gambaran kepada pembaca mengenai bagaimana pengkaji mengkaji kepentingan ‘The System’, serta merancang persediaan pelakon dengan pendekatan ‘Magic If’ dan cuba mengaplikasi ‘Magic If’ ke dalam watak Ara dan Puan Baqarah dalam projek teater ‘Asylum’. Modus operandi atau kaedah yang digunakan pengkaji adalah sumber perpustakaan, analisis skrip serta temubual yang dijalankan di wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur dan juga pemerhatian meluai rujukan filem dan internet. Sehubungan dengan itu, keputusan kajian ini telah membuktikan bahawa kaedah lakonan ‘Magic If’ telah membantu penciptaan watak Ara dan Puan Baqarah dalam teater ‘Asylum’. Pengkaji berharap bahawa dengan adanya kajian khususnya ini maka akan memberi satu sumbangan kepada industri seni persembahan dalam Malaysia, khususnya bagi pembangunan dan penciptaan perwatakan yang lebih mendalam dari sudut dimensi lakonan.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Zulkefli, Zalika NadiaUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Theory. Philosophy. Esthetics
P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15071
Uncontrolled Keywords: Performing arts industry; Aplikasi 'Magic if"
Last Modified: 03 Nov 2016 04:41
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15071

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year