Genre sebagai satu strategi pemasaran dalam industri filem Malaysia / Raja Syafiqah Nur Fatin Raja Azhari

Raja Azhari, Raja Syafiqah Nur Fatin (2014) Genre sebagai satu strategi pemasaran dalam industri filem Malaysia / Raja Syafiqah Nur Fatin Raja Azhari. Student Project. Faculty of Film, Theatre and Animation, Puncak Perdana. (Unpublished)

[img] Text
PPb_RAJA SYAFIQAH NUR FATIN RAJA AZHARI FF 14_5.pdf

Download (261kB)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tentang penggunaan genre sebagai strategi pemasaran dalam industri perfileman Malaysia. Kajian ini menghujahkan korelasi di antara penggunaan genre sebagai strategi pemasaran dan kejayaan komersial sesebuah filem. Latihan akademik ini meneliti bagaimana penggunaan genre yang dipaparkan sebagai alatan pemasaran menerusi dua bentuk mekanisma iaitu poster dan trailer filem. Fokus kajian adalah terhadap dua syarikat penerbitan iaitu MIG Production Sdn. Bhd. dan Skop Production Sdn. Bhd. di samping beberapa lagi syarikat penerbitan lain. Kaedah kajian yang digunakan untuk memperoleh data utama dan sekunder bagi memenuhi dua objektif kajian ini adalah kaedah penyelidikan kualitatif. Data utama diambil daripada kaedah analisis discourse dan data sekunder pula diperolehi daripada hasil temubual, penyelidikan perpustakaan dan internet. Hasil kajian ini menunjukkan MIG Production Sdn. Bhd. menggunakan genre di dalam alatan pemasaran mereka secara terus manakala Skop Production Sdn. Bhd. mendekati genre secara tidak langsung. Kajian ini juga memperlihatkan genre yang digunakan sebagai alatan pemasaran sesebuah filem telah membantu pemasarannya. Malahan juga, membantu produser-produser filem untuk memasarkan filem mereka dan menarik penonton yang mereka sasarkan. Secara kesimpulannya, kajian terhadap genre sebagai satu strategi pemasaran dalam industri filem Malaysia ini diharap dapat memperlihatkan genre sebagai satu sistem identifikasi dan jangkaan penonton yang membantu pemasaran sesebuah filem.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Raja Azhari, Raja Syafiqah Nur FatinUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Business societies > Advertising > Methods > Other methods, A-Z > Television advertising > Malaysia
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Production and direction > Malaysia
Divisions: Faculty of Film, Theatre and Animation
Item ID: 15063
Uncontrolled Keywords: Penggunaan genre; Industri perfileman Malaysia; Poster dan trailer filem.
Last Modified: 21 Oct 2016 09:01
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15063

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year