Pemasaran filem bercorak sejarah dan resepsi khalayak di Malaysia / Nurul Salzuani Alias

Alias, Nurul Salzuani (2014) Pemasaran filem bercorak sejarah dan resepsi khalayak di Malaysia / Nurul Salzuani Alias. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji pemasaran filem bercorak sejarah di Malaysia dan resepsi atau sambutan daripada khalayak di Malaysia terhadap filem ini. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kecenderungan minat khalayak terhadap filem bercorak sejarah lantas dapat meningkatkan statistik jumlah pemasaran filem ini. Kajian ini dihasilkan melalui kaedah kuantitatif dan kualititatif dengan melibatkan bilangan angka dan sesi temu ramah, kutipan data daripada jurnal-jurnal dan sebagainya. Kaedah kuantitatif dihasilkan dengan mengira jumlah peratusan borang kaji selidik, yang telah dijawab oleh 100 orang responden di Malaysia. Pengkaji telah menyerahkan
borang kaji selidik kepada beberapa orang khalayak di Malaysia dengan peringkat umur, status, jantina dan kawasan yang berbeza-beza untuk menganalisis tahap penerimaan mereka terhadap pemasaran filem bercorak sejarah di Malaysia mengikut tahap pemikiran masing-masing. Melalui penyebaran borang kaji selidik ini, pengkaji dapat merungkai permintaan dan resepsi khalayak di Malaysia terhadap filem bercorak sejarah. Selain itu, pengkaji telah mengumpulkan data-data mengenai kutipan tahunan filem bercorak sejarah di Malaysia, dan telah membuat perbandingan kutipan box office daripada filem-filem yang bercorak ringan seperti filem aksi, romantik, komedi dan sebagainya lebih mendapat sambutan yang memberangsangkan berbanding dengan filem bercorak sejarah.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Nurul Salzuani
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry > Malaysia
P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Historical films
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Keywords: Filem bercorak sejarah; Pemasaran filem
Date: 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15058
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NURUL SALZUANI ALIAS FF 14_5.pdf] Text
PPb_NURUL SALZUANI ALIAS FF 14_5.pdf

Download (172kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

15058

Indexing

Statistic

Statistic details