Kajian ke atas pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan UiTM Pulau Pinang terhadap pengetahuan dan sikap ke arah teknologi maklumat / Rosley Jaafar, Abd. Rahman Hemdi and Lim Jiunn Hsuh

Jaafar, Rosley and Hemdi, Abd. Rahman and Lim, Jiunn Hsuh (2007) Kajian ke atas pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan UiTM Pulau Pinang terhadap pengetahuan dan sikap ke arah teknologi maklumat / Rosley Jaafar, Abd. Rahman Hemdi and Lim Jiunn Hsuh. ESTEEM Academic Journal, 3. pp. 185-196. ISSN 1675-7939

Official URL: https://uppp.uitm.edu.my

Abstract

Literasi terhadap teknologi maklumat dan komputer perlu disemai dari peringkat awal pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi bagi membentuk masyarakat yang mampu melepasi cabaran globlisasi di era digital. Institusi pengajian tinggi awam dan swasta semestinya memainkan peranan supaya boleh membekalkan pelajar
yang berkualiti, berkebolehan untuk bersaing dalam arus
globalisasi dunia siber dan seterusnya menjayakan wawasan 2020 negara. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pengetahuan asas teknologi maklumat dan sikap terhadap teknologi maklumat ke atas 284 orang pelajar diploma kejuruteraan dalam bidang mekanikal, awam dan elektrik yang berada di semester 6, 7 dan 8 Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati tahap pengetahuan asas teknologi maklumat mereka
adalah tinggi dan mempunyai sikap positif untuk ke arah teknologi maklumat. Didapati bahawa seseorang yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat yang baik (tinggi) akan bersikap positif terhadap teknologi maklumat. Sikap positif mereka tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor demografi, pengalaman menggunakan komputer dan jenis program kejuruteraan yang diambil. Walau bagaimanapun jenis program kejuruteraan yang diambil serta jantina mempunyai hubungan signifikan yang lemah terhadap tahap pengetahuan asas teknologi maklumat mereka tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas faktor-faktor latar belakang keluarga, pengalaman menggunakan komputer dan pemilikan komputer.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jaafar, Rosley
UNSPECIFIED
Hemdi, Abd. Rahman
UNSPECIFIED
Lim, Jiunn Hsuh
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Technology. Educational technology > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Journal or Publication Title: ESTEEM Academic Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > ESTEEM Academic Journal (EAJ)
ISSN: 1675-7939
Volume: 3
Page Range: pp. 185-196
Keywords: Teknologi maklumat; Pengetahuan; Sikap; Komputer; Pelajar
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14870
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_ROSLEY JAAFAR ESTEEM 07.pdf] Text
AJ_ROSLEY JAAFAR ESTEEM 07.pdf

Download (18MB)

ID Number

14870

Indexing

Statistic

Statistic details