Kesan pemakanan terhadap tumbesaran dan pengeluaran telur ayam katik, Gallus sp. / Mohd Azlan Mohd Ishak … [et al.]

Mohd Ishak, Mohd Azlan and Hamid, Said and Salleh, Baharuddin and Sabot, Abd. Rahman (2003) Kesan pemakanan terhadap tumbesaran dan pengeluaran telur ayam katik, Gallus sp. / Mohd Azlan Mohd Ishak … [et al.]. Jurnal Intelek, 1. pp. 158-163. ISSN 2231-7716

[img] Text
AJ_MOHD AZLAN MOHD ISHAK JI 03.pdf

Download (22MB)

Abstract

Ayam Katik atau Gallus sp. popular di kalangan masyarakat tempatan dan luar sebagai ayam peliharaan istimewa yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Di dalam kajian ini, 3 jenis rumusan makanan yang mudah diperolehi di pasaran yang terdiri dari dedak penelur, beras hancur, jagung, sambau dan hampas kacang soya dengan nisbah tertentu telah diaplikasi ke atas sampel ayam ini. Keputusan menunjukkan bahawa wujudnya perubahan terhadap tumbesaran dan penghasilan telur sampel ayam yang dikaji berdasarkan jenis-jenis rumusan makanan tersebut. Perbezaan rumusan makanan dengan min berat yang berbeza bagi sampel ayam walau bagaimana pun secara keseluruhannya didapati tiada perbezaan yang signifikan (F < Fa, P > 0.05). Perbezaan berat dari segi jantina ayam pada pengambilan rumusan makanan yang berbeza juga tidak signifikan (F < Fa, P > 0.05). Keputusan awal ini jelas menunjukkan bahawa rumusan makanan yang dirumus khas didapati setanding dengan rumusan makanan konvensional. Perbezaan rumusan makanan tertentu didapati memberikan min berat teluryang berbeza dan ujian F membuktikan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan (F > Fa, P < 0.05) pada satu jenis makanan (Rawatan 3 ; jagung : dedak penelur : beras hancur : sambau, 1: 1:1:1) berbanding dua rawatan yang lain (Rawatan 1 ; dedak penelur dan Rawatan 2 ; dedak penelur : jagung : hampas kacang soya, 1:3:1). Keputusan ini menunjukkan bahawa rumusan makanan konvensional mempengaruhi tempoh dan penghasilan telur sampel ayam kajian.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Mohd Ishak, Mohd Azlanazlanishak@perlis.uitm.edu.my
Hamid, SaidUNSPECIFIED
Salleh, BaharuddinUNSPECIFIED
Sabot, Abd. RahmanUNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture > Chickens
S Agriculture > SF Animal culture > Feeds and feeding. Animal nutrition
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
ISSN: 2231-7716
Volume: 1
Page Range: pp. 158-163
Item ID: 14712
Uncontrolled Keywords: Ayam Katik; Gallus sp.; Rumusan makanan konvensional
Last Modified: 22 Sep 2016 08:05
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14712

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year