Kesan kegawatan ekonomi ke atas agensi pengiklanan sekitar Kuala Lumpur / Nazlul Farid Ramlan

Ramlan, Nazlul Farid (1998) Kesan kegawatan ekonomi ke atas agensi pengiklanan sekitar Kuala Lumpur / Nazlul Farid Ramlan. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kegawatan ekonomi yang berlaku mengajar masyarakat kini untuk lebih berhati-hati demi menjaga kepentingan mereka di dalam pasaran tempatan di dalam segala aspek. Pengkajian yang dijalankan untuk mengkaji secara keseluruhan kesan atau impak ke atas agensi pengiklanan yang sedikit sebanyak mengalami kelembapan pembangunan dan kemerosotan pendapatan. Pengkajian yang dijalankan sepanjang tesis ini bertujuan untuk menjadikannya tesis salah satu rujukan utama bagi pelajar, orang perseorangan dan pihak-pihak yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan masalah yang dikaji. Ia sesuai untuk menjadi rujukan untuk tujuan penyelidikan dan menambah pengetahuan. Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti dan memahami kesan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia ke atas agensi pengiklanan. Dengan ini kita akan lebih memahami bagaimana kegawatan memberi kesan kepada mereka (agensi pengiklanan) dengan itu kita dapat terus menghargai peranan mereka sebagai pemangkin kepada memperkenalkan suatu produk yang baru di dalam pasaran.

Download

[img] Text
TD_NAZLUL FARID RAMLAN AD 98_5.pdf

Download (718kB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year