Rombong: Sejarah dan perkembangannya / Zarina Mohd Khairi

Mohd Khairi, Zarina (2000) Rombong: Sejarah dan perkembangannya / Zarina Mohd Khairi. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Masalab Penyelidikan: Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengetahui sejarah rombong iaitu mengenai asal usul dan cara-cara pemprosesan bahan mentah yangdigunakan untuk menghasilkan sesebuah rombong secara tradisional dan moden. Ia juga adalah untuk memberikan penjelasan tentang adat budaya dan perbezaan yang terdapat dalam penggunaannya dari satu lapisan masyarakat dengan satu lapisan masyarakat yang
lain dan keistimewaan yang diberikan terhadap barangan kraftangan tersebut. Selain daripada itu ianya juga adalah untuk mengetahui tentang perkembangan barangan kraftangan ini pada masa sekarang. Penyelidikan ini menunjukkan bagaimana rombong dikomersialkan sebagai sebuah barangan cenderahati untuk pelancong dalam dan luar negara.
Kesignifikan Penyelidikan: Melalui penyelidikan ini, ianya dapat memberikan lebih banyak pengalaman dan pengetahuan dalam mengenali barangan kraftangan yang unik ini. lanya juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan para
pelajar khususnya tentang kepentingan dalam memelihara hasil tradisional kita agar 'tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas'. Selain da11pada itu, ianya juga dapat dijadikan sebagai sumber maklumat kepada para pelajar, penyelidik dan para pengusaha yang menjalankan perusahaan membuat rombong tersebut. Malahan ianya juga dapat memberikan penghayatan yang lebih tinggi dalam menghargai nilai estetika kraftersebut.
Kaedah Metodologi:. Disamping itu, saya juga turut membuat tinjauan ke atas kedai-kedai yang menjual barangan kraf tersebut dan menyoal selidik para peniaga tersebut. Maklumat-maklumat yang berjaya dikumpulkan ini disusun semula mengikut urutan keutamaannya di dalam tesis ini. Saya telah membuat tinjauan ke Muzium Orang Asli. Saya telah berjumpa dengan penyelia muzium berkenaan dan mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang rombong. Setelah mendapat maklumat yang diingini, saya telah membezakan penggunaan rombong dahulu dan sekarang. Rumusan: Penggunaan tiga peringkat di atas akan dapat membantu saya mengenalpasti tentang setiap permasalahan dan maklumat yang bersangkutan dengan bahan kajian saya dengan lebih mendalam lagi. Selain daripada itu ia juga memberikan kaedah yang lebih berkesan untuk memperolehi sesuatu rnaklumat yang tepat dan terperinci. Oleh itu, saya akan memastikan setiap perancangan yang dibuat di atas akan diikuti untuk memudahkan kerja-kerja penyelidikan ini dijalankan. lni adalah penting untuk memanfaatkan setiap surnber yang diperolehi kelak. Sumber maklumat yang didapati boleh dijadikan bahan rujukan kepada semua pihak terutamanya para pelajar dan usahawan yang ingin memulakan pemiagaan dalam bidang kraftangan anyaman.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Khairi, Zarina
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Hand weaving > Malaysia
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Hand-made rugs, carpets, etc. > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Rombong, Muzium Orang Asli, cenderahati, kraftangan anyaman
Date: 2000
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14390
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_ZARINA MOHD KHAIRI AD 00_5.pdf] Text
TD_ZARINA MOHD KHAIRI AD 00_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14390

Indexing

Statistic

Statistic details