Ilustrasi dalam bahan bacaan pendidikan kanak-kanak: Satu kajian tentang ilustrasi buku teks sekolah rendah tahap dua (10 hingga 12 tahun) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka / Nor Zaliza Md. Nor

Md. Nor, Nor Zaliza (2000) Ilustrasi dalam bahan bacaan pendidikan kanak-kanak: Satu kajian tentang ilustrasi buku teks sekolah rendah tahap dua (10 hingga 12 tahun) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka / Nor Zaliza Md. Nor. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Dalam mata pelajaran TESIS 471 ini menerangkan tentang ilustrasi yang digunakan dalam bahan bacaan pendidikan kanak-kanak di mana satu kajian telah dibuat iaitu mengenai ilustrasi buku teks sekolah rendah tahap dua ( 10 hingga 12 tahun ) yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Masalah penyelidikan : Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui bagaimanakah pengaruh penggunaan ilustrasi terhadap mental dan emosi kanak-kanak seterusnya mengetahui bagaimana kesan baik dan buruknya penggunaan ilustrasi ini kepada kanak-kanak. Di samping itu juga ia bertujuan untuk mengetahui tentang hubungkait di antara bahan bacaan pendidikan ini dengan penggunaan ilustrasi dalam meningkatkan mutu pelajaran kanak-kanak. Selain dari itu juga penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti teknik-teknik yang sesuai digunakan dalam menghasilkan ilustrasi dalam bahan bacaan pendidikan ini agar setiap mesej yang hendak disampaikan akan mudah difahami oleh kanak-kanak dan juga ia dilakukan untuk mengetahui pandangan dan pendapat ibu bapa terhadap kesesuaian penggunaan ilustrasi dalam bahan bacaan pendidikan ini. Kesignifikanan penyelidikan : Penyelidikan yang dijalankan ini memberi banyak kepentingan kerana ia dapat membuka minda kita sebagai golongan pelajar melalui penyelidikan yang telah dibuat dari segi pembacaan dan juga temubual dengan orang-orang tertentu terutamanya kakitangan yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia juga dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai betapa pentingnya penggunaan ilustrasi dalam bahan bacaan pendidikan terutamanya buku teks seterusnya kepada golongan kanak-kanak itu sendiri di mana ia memberi banyak manfaat kepada mereka dan pengetahuan tentang ilustrasi. Penyelidikan ini juga penting dilakukan kepada ibu bapa dan juga guru-guru di mana golongan ini merupakan orang yang memberi dorongan kepada anak-anak dan penting juga untuk kanak-kanak itu sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah dan metodologi : Pelbagai kaedah dan juga prosidur yang dijalankan untuk membuat penyelidikan ini dan biasanya kaedah yang digunakan adalah temubual, soal selidik, pembacaan, pemerhatian dan juga analisis. Bagi ibu bapa dan guru kaedah temubual dan soal selidik dilakukan dan soal selidik telah dijalankan di sekitar kawasan Seksyen 8, Shah Alam serta di kawasan Jalan 6, Bandar Baru Bangi. Seramai 100 orang yang disoal selidik. Pemerhatian dan analisis turut dijalankan begitu juga dengan kaedah pembacaan. Kaedah-kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan berkesan. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa daripada penyelidikan yang telah dijalankan, didapati sebanyak 95% daripada ibu bapa yang bersetuju dengan penggunaan ilustrasi dalam buku teks ini dan penulisan tesis ini memberi banyak pengetahuan di samping pengalaman-pengalaman bam yang dapat ditimba dan ini menjadikan pelajar berfikiran lebih terbuka dan matang.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_NOR ZALIZA MD NOR AD 00_5.pdf] Text
TD_NOR ZALIZA MD NOR AD 00_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14359

Indexing

Statistic

Statistic details