Satu kajian tentang rekaan grafik pada kulit album nasyid Malaysia era 90 an (kajian kes: album Raihan) / Mohamad Asrizam Mohamed Rosty

Mohamed Rosty, Mohamad Asrizam (2000) Satu kajian tentang rekaan grafik pada kulit album nasyid Malaysia era 90 an (kajian kes: album Raihan) / Mohamad Asrizam Mohamed Rosty. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Penulisan tesis ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana rekaan grafik dalam penghasilan kulit album nasyid di Malaysia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa album nasyid merupakan satu cara yang berkesan untuk melaksanakan misi
dakwah Islamiah untuk masyarakat. Sehubungan itu bentuk kulit album yang menarik dan bersesuaian dapat memikat perhatian orang ramai di samping memperluaskan lagi publisiti artis tersebut.

Penulis telah menjalankan beberapa kaedah dalam penghasilan tesis ini iaitu mencari maklumat di perpustakaan, kedai buku, pemerhatian dan perbandingan. Di samping itu penulis telah memperolehi maklumat melalui temubual dengan beberapa
orang yang terlibat dalam penghasilan kulit album nasyid untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan lebih rnendalam seperti Encik Soleh Ramli selaku Grafik Design Hijjaz Music Entertaintment Kuala Lumpur dan Encik Zaini Nordin selaku Artiste and Repertoire Manager Warner Music Kuala Lumpur.
Penulis mendapati bahawa rekaan kulit album telah banyak mengalami perubahan dari pelbagai aspek mengikut perkembangan industri muzik itu sendiri.
Kesan yang timbul terhadap masyarakat melalui imej-imej yang terdapat pada rekaan kulit album nasyid ini juga dapat dilihat.
Pelbagai teknik dan rekaan telah digunakan untuk menghiasi kulit album nasyid. Setiap rekaannya mempunyai mesej tertentu untuk disampaikan kepada masyarakat. Ianya juga berhubung kait dengan sesebuah artis kumpulan tersebut seperti konsep, muzik dan imej yang dibawanya.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_MOHAMAD ASRIZAM MOHAMED ROSTY  AD 00_5.pdf] Text
TD_MOHAMAD ASRIZAM MOHAMED ROSTY AD 00_5.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14222

Indexing

Statistic

Statistic details