Satu kajian mengenai pengetahuan para pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah Melaka terhadap koridor raya multimedia (MSC) / Lihasrizad Ismail

Ismail, Lihasrizad (2001) Satu kajian mengenai pengetahuan para pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah Melaka terhadap koridor raya multimedia (MSC) / Lihasrizad Ismail. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Satu kajian mengenai pengetahuan para pelajar Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah terhadap Koridor Raya Multimedia telah dibuat bagi memenuhi keperluan matapelajaran TESIS 471. Kajian penulis tertumpu pada Koridor Raya Multimedia dan para pelajar UiTM Alor Gajah. Masalah Penyelidikan: Kajian ini dibuat untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan para pelajar Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah, Melaka terhadap Koridor Raya Multimedia. Kajian meliputi kepekaan para pelajar dan perkembangan projek Koridor Raya Multimedia. Kadar celik komputer juga dikaji bagi mengetahui kesediaan para pelajar menghadapi arus pembangunan teknologi maklumat. Kesignifikanan penyelidikan: Perkembangan dunia teknologi maklumat dan Koridor Raya Multimedia masih baru di negara ini telah memberikan kesan dan pengaruh yang berbeza pada setiap individu. Penemuan dalam kajian ini memberi maklumat tahap pengetahuan para pelajar tentang Koridor Raya Multimedia. Kajian ini juga mengenengahkan penyelidikan berkaitan Koridor Raya Multimedia yang masih sedikit rujukan umumnya. Pelajar akan terdedah kepada teknologi maklumat dan Koridor Raya Multimedia sekaligus mendorong mereka menceburi dunia teknologi maklumat ini secara lebih dekat lagi. lanya juga sedikit sebanyak memberi panduan tentang Koridor Raya Multimedia dan membuka minda para pelajar terhadapnya. Kaedah penyelidikan: Kaedah kajian meliputi soal selidik, pembacaan, pemerhatian dan juga analisis. Kaedah-kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi setiap data yang ingin dicari. Kaji selidik dijalankan ke atas para pelajar yang berada di Perpustakaan Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah Melaka. Pemerhatian pula dilakukan di sekitar projek pembangunan Koridor Raya Multimedia. Bahan bacaan yang berkaitan juga menjadi rujukan penulis bagi menghasilkan kajian ini. Secara kesimpulan, tahap pengetahuan para pelajar Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah Melaka terhadap Koridor Raya Multimedia adalah baik dan memahami fungsi pembangunan ini kepada mereka di masa depan. Kajian ini juga memberi rujukan dan pengalaman bam sekaligus membuka minda dan membantu para pelajar lebih mengetahui tentang projek ini memandangkan projek Koridor Raya Multimedia ini masih dalam pembinaan.

Download

[img] Text
TD_LIHASRIZAD BIN ISMAIL AD 01_5.pdf

Download (4MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year