Satu kajian perbandingan reka bentuk kulit majalah komik tempatan dikalangan pelajar UiTM Melaka (Kajian kes - majalah komik hiburan Utopia dan majalah Lawak Antarabangsa Ujang) / Faizah Nor Bakir

Bakir, Faizah Nor (2003) Satu kajian perbandingan reka bentuk kulit majalah komik tempatan dikalangan pelajar UiTM Melaka (Kajian kes - majalah komik hiburan Utopia dan majalah Lawak Antarabangsa Ujang) / Faizah Nor Bakir. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Tujuan kajian : Tujuan utama adalah mengetahui daya tarikan reka bentuk pada Majalah Ujang dan Majalah Utopia yang menjadi tarikan remaja. Kajian seumpama ini perlu bagi pereka kulit majalah untuk mengetahui apakah kehendak dan citarasa remaja dalam memilih majalah yang ada. Kaedah kajian : Kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan adalah membuat rujukan di perpustakaan, temubual dan mengedarkan soalan kaji selidik pada para pelajar UiTM. Temubual dan soalan kaji selidik dilakukan untuk mengetahui pendapat mereka terhadap daya tarikan kulit majalah samada ia dapat menarik perhatian untuk memiliki majalah tersebut. Dapatan kajian : Daripada kajian yang dilakukan, penemuan baru diperolehi iaitu kulit Majalah Utopia menggunakan gambar fotografi sebagai rekaan kulit hadapan. Majalah ini juga mempunyai subtitle dan menggunakan bahasa pasar yang menjadi tanda tanya kepada pembaca untuk memiliki majalah tersebut. Kesimpulan : Dari kajian yang dibuat dapat dirumuskan bahawa lebih ramai pelajar UiTM gemar melanggani Majalah Utopia berbanding Majalah Ujang. Setiap rekaan mempunyai gaya tersendiri dan menepati citarasa pembeli. Selain lawak jenaka, pembeli juga dapat mengetahui informasi tentang hiburan dan alatan elektronik yang akan keluar dipasaran.

Download

[img] Text
TD_FAIZAH NOR BAKIR AD 03_5.pdf

Download (3MB)

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

ID Number

14188

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year