Kredibiliti maklumat digital dari internet / Mohd Sazili Shahibi … [et al.]

Shahibi, Mohd Sazili and Hashim, Hasnah and AM, Juwahir and Zaini, Muhamad Khairul Nizam (2011) Kredibiliti maklumat digital dari internet / Mohd Sazili Shahibi … [et al.]. Informika: Jurnal Peradaban Informasi dan llmu, 1. pp. 37-44. ISSN 2231-7104

Abstract

Jumlah pengguna Internet bertambah dari masa ke semasa. Kadar penggunaan Internet di Malaysia pada tahun 2010 dianggarkan 64.6peratus berbanding hanya 15.0peratus pada
tahun 2000. Jelas bahawa kadar kebergantungan kepada Internet semakin hari semakin tinggi. Secara evolusi Internet telah menjadi satu sumber maklumat yang penting kepada masyarakat Malaysia. Maklumat digital yang diperolehi dari Internet memberikan kesan yang besar kepada penerima kerana ianya akan mempengaruhi sikap dan keputusan
yang dibuat oleh seseorang dalam kehidupannya yang secara tidak langsung ianya juga akan memberi kesan dalam kehidupan masyarakat secara keseluruhan. Bukan kesemua maklumat yang didapati dari Internet adalah berkredibiliti. Kredibiliti maklumat amat penting kerana ianya mempengaruhi kepada pembentukan sikap, pemikiran dalam proses membuat keputusan. Maklumat berkredibiliti ialah maklumat yang bersifat tepat, benar dan sahih dan boleh dipercayai. Analisa kajian yang berkaitan telah menghasilkan pembentukan rangka kerja teori yang menerangkan komponen penting yang menjadi faktor kepada penilaian kredibiliti maklumat dari Internet.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_MOHD SAZILI SHAHIBI INFORMIKA 11.pdf] Text
AJ_MOHD SAZILI SHAHIBI INFORMIKA 11.pdf

Download (3MB)

ID Number

13866

Indexing

Statistic

Statistic details