Kajian penguatkuasaan perancangan salah guna bangunan. Kes kajian : Selayang Baru, Selangor / Kamaruzaman Hamdan

Hamdan, Kamaruzaman (1991) Kajian penguatkuasaan perancangan salah guna bangunan. Kes kajian : Selayang Baru, Selangor / Kamaruzaman Hamdan. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, UiTM Shah Alam. (Unpublished)

[img] Text
PPb_KAMARUL AZAM SELAMAT AP 91_5 P01.pdf

Download (115kB)

Abstract

Penguatkuasaan perancangan merupakan kawalan perancangan atau pembangunan yang paling berkesan dalam menjalankan sesuatu pembangunan. Ianya penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang menepati matlamat perancangan yang digariskan. Selain dari masalah pembangunan tanpa kebenaran, masalah salahguna bangunan juga merupakan suatu gejala yang sering berlaku didalam sesuatu kawasan pembangunan. Masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti permintaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan, desakan pembangunan kawasan sekitar, sikap manusia, penguatkuasaan yang tidak tegas dan sebagainya. Melalui kajian ini penekanan akan diberikan kepada aspek penguatkuasaan, perundangan, pentadbiran, perancangan dan sebab berlakunya aktiviti ini. Setelah menjalankan analisis, penemuan isu dan masalah akan dirumuskan untuk membentuk strategi dan cadangan jangka panjang dan jangka pendek bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul. Adalah diharapkan dengan kajian ini akan dapat mengenalpasti sebab-sebab atau punca berlakunya aktiviti ini, sekaligus memberikan cadangan yang berkesan didalam penyelesaiannya.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Hamdan, KamaruzamanUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 1361
Last Modified: 22 Mar 2019 03:21
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1361

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year