Pembangunan perindustrian dibandar Ipoh dalam kontek Dasar Ekonomi Baru / Kalsom Yop Mohd Kasim

Yop Mohd Kasim, Kalsom (1985) Pembangunan perindustrian dibandar Ipoh dalam kontek Dasar Ekonomi Baru / Kalsom Yop Mohd Kasim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img] Text
TB_KALSOM YOP MOHD KASIM AP 85_5 P01.pdf

Download (118kB)

Abstract

Ipoh dijangka akan meneruskan fungsi sebagai bandar utama di Perak. Pada tahun 1980, penduduk Ipoh adalah merupakan 19.56% daripada keseluruhan penduduk negeri dan peratus ini akan meningkat keangka 27% pada tahun 2000. Jumlah penduduk Ipoh adalah seramai 344,627 orang pada tahun 1980; dan dijangka akan meningkat pada 600,000 orang hingga tahun 2000. Dari jumlah ini kaum Bumiputera terdiri dari 17% (58,586 orang) sahaja; manakala kaum China sebanyak 70% (241,239 orang) dan India seramai 12.5%. Dalam kontek pembangunan perindustrian dan penglibatan kaum, kaum China menguasai peratus terbesar dari segi pekerjaan iaitu 77.8% dan Bumiputera hanya 16.0% sahaja. Ini berlaku sebab kebanyakan dari industri perkilangan terletak didalam bandar dimana peratusan penduduk China adalah paling tinggi. Dari segi hak milik pula, menurut laporan MIDA, diantara tahun 1968 - 1981, hanya 44 dari 498 industri yang telah diluluskan atau 9% sahaja dimiliki olih kaum Bumiputera. Kebanyakan daripadanya adalah industri sumber pertanian, terutama industri memproses makanan. Di Ipoh, (daripada kajian Pelan Struktur Ipoh 1982) hanya 7 buah industri sahaja yang dimiliki olih Bumiputera berbanding dengan 712 buah yang dimiliki olih kaum-kaum lain.

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsEmail
Yop Mohd Kasim, KalsomUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 1353
Last Modified: 22 Mar 2019 00:19
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1353

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year