Abstract
Ipoh dijangka akan meneruskan fungsi sebagai bandar utama di Perak. Pada tahun 1980, penduduk Ipoh adalah merupakan 19.56% daripada keseluruhan penduduk negeri dan peratus ini akan meningkat keangka 27% pada tahun 2000. Jumlah penduduk Ipoh adalah seramai 344,627
orang pada tahun 1980; dan dijangka akan meningkat pada 600,000 orang hingga tahun 2000. Dari jumlah ini kaum Bumiputera terdiri dari 17% (58,586 orang) sahaja; manakala kaum China sebanyak 70% (241,239 orang) dan India seramai 12.5%. Dalam kontek pembangunan perindustrian dan penglibatan kaum, kaum China menguasai peratus terbesar dari segi pekerjaan iaitu 77.8%
dan Bumiputera hanya 16.0% sahaja. Ini berlaku sebab kebanyakan dari industri perkilangan terletak didalam bandar dimana peratusan penduduk China adalah paling tinggi. Dari segi hak milik pula, menurut laporan MIDA, diantara tahun 1968 - 1981, hanya 44 dari 498 industri yang telah diluluskan atau 9% sahaja dimiliki olih kaum
Bumiputera. Kebanyakan daripadanya adalah industri sumber pertanian, terutama industri memproses makanan. Di Ipoh, (daripada kajian Pelan Struktur Ipoh 1982) hanya 7 buah industri sahaja yang dimiliki olih Bumiputera berbanding dengan 712 buah yang dimiliki olih kaum-kaum lain.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yop Mohd Kasim, Kalsom UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1985 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1353 |
Download
![[thumbnail of TB_KALSOM YOP MOHD KASIM AP 85_5 P01.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
TB_KALSOM YOP MOHD KASIM AP 85_5 P01.pdf
Download (118kB)
Digital Copy

Physical Copy
ID Number
1353
Indexing

