Abstract
Sebelum kita membincahgkan tentang bahan-bahan
yang digunakan untuk membina rumah-rumah
tradisional dan aspek-aspek penggunaan dari segi
senibina dan perancangan, eloklah kita definasikan
terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan
perkataan Rumah Tradisional.
Tradisi' mengandungi erti suatu kebiasaan yang
dilakukan dengan cara yang sama oleh beberapa
generasi tanpa ada (raungkin sedikit) perubahan di
dalam penghidupan dan kemajuan yang ada pada hari
ini. Dengan kata lain, kebiasaan yang sudah
menjadi ada't dan budaya sesuatu kaum di sesuatu
tempat.
Dengan demikian, istilah rumah tradisional dapat
diertikan sebagai sebuah rumah yang dibangunkan
dengan kaedah atau prinsip yang sama dengan.
menggunakan bahan yang sama sejak beberapa
generasi oleh sesuatu kaum di dalam sesebuah
tempat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ima, Idris UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rumah tradisional, senibina, budaya |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1328 |
Download
PP_IMA IDRIS AP 89_5 1.pdf
Download (87kB)