Abstract
Kajian proses permohonan kebenaran merancang terhadap pelaksanaan projek perumahan yang dipraktikkan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan adalah untuk mengenalpasti dan menilai keberkesanannya dalam sistem perancangan. la merangkumi pengkajian terperinci mengenai peringkat-peringkat permohonan kelulusan tukar syarat tanah, pelan tatatur dan pelan bangunan. Kajian juga melibat rangka institusi yang terlibat dan perundangan yang mempengaruhi proses permahonan kebenaran merancang. Kajian yang dijalankan akan memberi tumpuan kepada proses-proses permohonan kebenaran merancang projek perumahan didalam kawasan perancangan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, selaku Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Berdasarkan kepada pengenalisisan, beberapa masalah-masalah mengenai proses tersebut telah dikenalpasti. Ini termasuklah keberkesanan proses tersebut dalam pelaksanaan pembangunan perumahan seperti kekurangan kakitangan, koordinasi antara agensi, penggunaan rancangan pembangunan, penggunaan alat-alat 'non-statutory' , kemahiran dan kecekapan kakitangan dan penggunaan teknologi berkomputer. Untuk mengatasi masalah tersebut, supaya proses permohonan menjadi lebih berkesan, maka objektif, dasar dan strategi dibentuk.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakob, Hassan UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1314 |
Download
TB_HASSAN YAAKOB AP 92_5 P01.pdf
Download (106kB)